Sabtu, Mei 11, 2013

Pakaian Hitam??DSAI mula berkabung...


Warna HITAM itu menawan,tapi ada sesetengah pendapat bahawa warna hitam tu tanda berkabung.Alahai,Bang Nun suruh pakai baju hitam tu ngape?Kata negara berdemokrasi,takkan nak suruh pakai baju ikut warna Bang Nun.
Hadapilah kenyataan bahawa PR tak boleh memerintah negara Malaysia.Dan Bang Nun tak boleh jadi PM ke 7.Janganlah heret rakyat dengan agenda serta kepentingan peribadi semata-mata nak jadi PM.
Rakyat pilih untuk jadi pemimpin yang baik dan beretika,dapat membimbing rakyat ke jalan yang benar dan baik,BUKAN berdemo sana-sini.
Kepada para pendemo yang budiman,korang fikirkanlah masak-masak,kalau SPR tak telus dalam proses PRU 13 kali ini,kenapa PR masih boleh perintah 3 negeri lagi malah ada negeri mendapat kerusi DUN ynag banyak.Kalau itu pun  korang kata tak sah juga,bermakna 3 negeri ni pun tak sah juga.
Anak-anak muda yang berdemo,atas tujuan apa korang berdemo?Nak harga minyak turun?Nak hapuskan?PTPTN?Nak harga kereta murah?Cuba korang cakap kat pimpinan Negeri yang PR perintah,laksanakan dahulu!Tengok boleh ke tak?
Janganlah buat huru-hara kat muka bumi sendiri dek kerana seorang yang asyik meroyan nak jadi PM.Akal dah diberikan untuk fikir,maka gunakanlah ia sebaik mungkin.

Jumaat, Mei 10, 2013

Breaking News: Confirm Bangla dibawa oleh BN??


Menghampiri seminggu tirai PRU13 dilabuhkan.Akan tetapi,kedengaran suara-suara sumbang yang masih TIDAK berpuas hati dengan keputusan PRU13 yang lalu.Semakin hari semakin melampau.Ada sahaja bahan mereka menyalahkan pihak tertentu.Ada sahaja propaganda menyatakan bahawa harga barang-barang naik mendadak berikutan kemenagan Barisan Nasional.
Dan masih tidak dinafikan,isu warga asing dan isu blackout masih lagi menjadi buah mulut pihak-pihak yang GAGAL menerima keputusan ini.Namun aku tertarik dengan satu posting ini,korang renungkan..Sebab korang semua dah bijak pandai,boleh membezakan antara yang baik dan yang buruk (kecuali penyokong PR ler,yang sememangnya TIDAK boleh terima hakikat).

Haaa.aku harap puak-puak sana yang masih tak paham tu agar pahamler..Jangan perlekehkan orang lain kalau diri serta pemimpin korang tu tak betul.
Apa pun,LIKE logo di bawah ni;-

Rabu, Mei 01, 2013

[Breaking News] Samseng Pilihanraya berada di Kuala Langat ketika ini???



SEBELUM KEJADIAN
Memang dasar pengecut!Kalah sebelum berjuang.Inilah perumpamaan yang aku berikan kat pihak-pihak "sebelah sana".Gelombang biru yang kami cipta sedikit sebanyak telah membuatkan mereka tergugat hingga sanggup mengupah beberapa orang untuk membuat "onar"dikawasan gelombang biru itu.
Tak sampai 1 jam,anak-anak muda BARISAN NASIONAL bertungkus-lumus memasang bendera di atas jambatan Telok Datok,ianya telah dibuka,batang bendera dipatahkan seterusnya dicampak ke tengah jalan raya oleh pihak yang merasa tergugat.




Lokasi: Atas jambatan hala ke Banting

Seperti yang aku katakan,budaya samseng jalanan ini semakin menjadi-jadi lebih-lebih lagi tinggal 4 hari sahaja lagi untuk rakyat Malaysia memilih kerajaan yang baru.Ini belum lagi menjadi pemerintah..kalau dah jadi???
Kepada pihak yang melakukannya,aku ingin ingatkan di sini bahawa tupai tu boleh jatuh ke tanah juga.dan sekiranya pasukan ronda puctd  terserempak maka jawapannya ada ditangan anda sendiri.Berjuanglah dengan profesional.Kami mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan ini



Lokasi: Hala ke Klang

Selasa, April 30, 2013

Gempar: kehadiran anak Najib disambut dengan bom petrol??


Ibarat cacing yang kepanaasan,itulah perumpamaan yang boleh kami katakan.Manakan tidak,pabila melihat sokongan yang begitu padu terhadap Barisan Nasional mereka (pembangkang)sanggup untuk lakukan apa sahaja demi mencapai hasrat mereka serta menimbulkan suasana yang tegang dan kurang selesa terhadap masyarakat setempat.Budaya apakah yang mereka cuba tonjolkan?Sudah pasti SAMSENG.ini belum lagi mereka tewas,kalau tewas kami rasakan ianya lebih teruk lagi keadaannya.
Di Sungai Jarom,Sabtu lepas telah berlakunya satu provokasi oleh pihak pembangkang dengan menaikkan bendera parti mereka dihadapan bilik gerakan Barisan Nasional.Profesional ke tindakan mereka ini?Nampak sangat mereka ingin mencetuskan perbalahan serta rasa tegang dikalangan penduduk.

Malah pihak SPR yang berada dikawasan berkenaan juga diperlekeh dan dipersendakan.
Tidak cukup dengan itu,bilik gerakan ini juga turut menjadi mangsa lontaran bom petrol.Kepada pihak yang berkenaan,politiklah secara sihat.Kami mengutuk sekeras-kerasnya tindakan yang kurang bijak ini.

Selasa, April 23, 2013

[bongkar] kisah Mat Taib part II..ada udang sebalik mee????


Mengapa sekarang? Mungkin itu antara persoalan yang bermain di fikiran rakyat ekoran tindakan Mat Taib menyertai Pas dan menjadi ahli seumur hidup parti itu baru-baru ini.

Sebelum ini, dalam pembongkaran PART 1, penulis menceritakan tentang kekecewaan Mat Taib kerana tidak dicalonkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) menjadi antara punca krisis jiwa yang dihadapi Mat Taib hingga sanggup meninggalkan wadah perjuangan beliau sebelum ini. [klik sini]

Penulis yang berkesempatan mendengar sendiri ceramah sulung beliau di Shah Alam malam tadi bersyukur kerana beliau tidak langsung menghentam kepimpinan UMNO sebaliknya memberitahu hadirin bahawa UMNO tetap ada jasa terhadap rakyat di negeri Selangor.

Antara ucapannya, beliau memuji diri sendiri kerana menjadi arkitek kepada pembangunan di Shah Alam dan Selangor. Beliau mengulangi dan menceritakan bagaimana timbul kesedaran menyertai Pas dengan memberi alasan bahawa UMNO sudah hilang rohnya, dan Pas sahaja sebuah parti yang konsisten terhadap perjuangan menegakkan syiar Islam. Pemimpin yang hebat, tidak memuji diri sendiri.

Syiar Islam? Pas yang tegakkan? Dalam sepanjang kewujudan Pas, sila nyatakan bentuk syiar Islam yang ditegakkan oleh Pas? Tiada kan? Pas sebenarnya tidak pernah menyumbang kepada pembangunan ummah apatah lagi menegakkan syiar Islam di Malaysia.

Itu hakikatnya, Pas hanya pandai mengkritik dan hanya juara mulut longkang dengan menggunakan pentas ceramah untuk mengeliru dan merosakkan fikiran rakyat. Sifat ceramah ini seharusnya tentang kebenaran, dan kebenaran itu beri ketenangan. Namun, sesiapa yang dengar ceramah Pas, mereka pulang dengan kemarahan, jiwa penuh kebencian, tiada langsung tanda-tanda ketenangan terpancar pada raut wajah mereka.

Itu semua bibit-bibit perpecahan yang dicipta oleh Pas untuk berkuasa. Itu syiar Islam? Itu semua kerja syaitan!!!

Maka, adakah tindakan Mat Taib sertai Pas dengan menjadikan alasan bahawa Pas sahaja yang mampu menegakkan syiar Islam itu tepat? Kamu silap besar Mat Taib!!!

Berbalik kepada persoalan awal, kenapa sekarang? Kononnya jika sebelum penamaan calon, orang akan ingat Mat Taib nak jadi calon. Itu semuanya alasan.

Yang pasti, kekecewaan adalah punca pokok kenapa Mat Taib berubah dan sertai Pas!

Bermula dengan kekecewaan akibat kalah di dalam pemilihan UMNO dimana beliau bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden, beliau sekali lagi cuba menghidupkan sisa-sisa kerjaya politiknya dengan melobi untuk dicalonkan sebagai calon BN di PRK Hulu Selangor 2010. Semuanya berakhir dengan kekecewaan.

Sejak itu, segala program UMNO telah dipulaukannya hingga tidak lagi menjalankan tugas sebagai Ketua UMNO Bahagian Kelana Jaya. Jawatan itu ditinggalkan begitu sahaja tanpa kata-kata. Jelas bahawa Mat Taib bukanlah pemimpin yang bertanggungjawab.

Mat Taib semakin kerap ke Masjid dan Surau kononnya untuk memberi tumpuan kepada ibadah, tetapi sebenarnya cuba mencari jalan mengubati kekecewaannya. Maka disitulah semuanya bermula.


Bersambung. Nantikan pembongkaran PART 3.

ps: mesti ada udang disebalik mee... takkan pokok bergoyang tanpa angin bertiup, betul bukan?

sumber : TEAM MEDIA SELANGOR  http://teamediaselangor.blogspot.com/2013/04/bongkar-kenapa-mat-taib-sertai-pas-ada_23.html

[sensasi] Matlamat utama bekas MB Selngor sertai PAS,adakah kerana......?????


 

Khabar angin kononnya bekas Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhammad bin Muhammad Taib (Mat Taib) akan menyertai Pas terjawab beberapa hari yang lalu apabila beliau secara rasmi menyerahkan borang ahli Pas kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di ibu pejabat Pas.

Tindakan Mat Taib sudah dijangka sejak awal lagi apabila beliau tidak lagi menjalankan tugas sebagai Ketua Bahagian UMNO Kelana Jaya selepas dikatakan kecewa kerana tidak dicalonkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Hulu Selangor pada 2010.

Ketika itu, adik beliau, Dato' Raduan Muhammad Taib memainkan peranan penting sebagai pelobi supaya abangnya dilantik sebagai calon BN di PRK Hulu Selangor. Raduan juga dikesan bertemu dengan beberapa pemimpin kawasan di Batang Kali, Sungai Choh dan Sungai Buaya. Maka lahirlah 'banner' kononnya menggambarkan bahawa rakyat di Hulu Selangor mahukan Mat Taib sebagai calon di sana.


Namun, kepimpinan BN ketika itu tetap memilih calon yang dipilih oleh MIC kerana kerusi Hulu Selangor memang milik MIC sejak duhulu lagi. Calon yang dipilih adalah P. Kamalanathan.
Akibat kecewa, Mat Taib juga menolak untuk menjadi salah seorang penceramah untuk membantu kempen BN di Hulu Selangor ketika itu. Beliau memberi alasan yang pelbagai. Namun ramai orang UMNO percaya beliau kecewa kerana tidak dicalonkan. Alhamdulillah.. BN menang di PRK Hulu Selangor dan merampas kembali kerusi parlimen itu.
Kekecewaan berlanjutan hingga beliau tidak lagi hadir dalam program UMNO sama ada di peringkat negeri Selangor dan Pusat. Sejak itu beliau tidak lagi menjalankan tugas sebagai Ketua Bahagian UMNO Kelana Jaya. Ramai yang menjangkakan beliau akan berundur dari arena politik ketika itu.
Maka ketika itu, beberapa pemimpin Pas mengambil kesempatan berdamping dengan Mat Taib. Antara pemimpin Pas yang terawal bertemu dengan Mat Taib adalah Mustapha Ali. Pertemuan yang pertama berlaku pada tahun 2011 di mahligai milik Mat Taib sendiri di Seksyen 7, Shah Alam. 
Semua tahu, sudah menjadi tabiat Pas memburu pemimpin UMNO yang kecewa.
Pertemuan dengan Mustapha Ali diatur sendiri oleh adik Mat Taib, Dato' Raduan. Namun, bukan pemimpin Pas sahaja yang bertemu dengan Mat Taib, beberapa pemimpin PKR turut dikesan beberapa kali bertemu dengan Mat Taib di Restoran Darul Ehsan di Seksyen 3, Shah Alam. 
Pertemuan mereka semakin kerap pada awal tahun 2012, kemuncaknya adalah apabila Presiden Pas sendiri bertemu dengan Mat Taib di kediamannya di Seksyen 7. Pertemuan di antara Mat Taib dengan Hadi Awang berlaku sebanyak tiga kali.Antara pemimpin Pas dan PKR yang dikesan pernah bertemu dengan Mat Taib ialah Mustapha Ali, Salahuddin Ayub, Nasharuddin Mat Isa, Dr Rani, Nizar Jamaluddin dan Haron Din.
Siapa pemimpin ini yang menerima 'envelope' dipercayai berisi wang yang diserahkan oleh pegawai keselamatan Anwar Ibrahim di KLIA tahun lepas??? Apa kaitan pemimpin ini dengan Mat Taib??? Nantikan pembongkaran - PART 2
 
sumber :   team media Selangor  KENAPA MAT TAIB SERTAI PAS

Isnin, April 22, 2013

GEMPAR: BN salah pilih calon bagi N52 Dun Teluk Datuk??


 Memang kami ni agak GUSAR sedikit,lebih-lebih lagi selepas penamaan calon tempoh hari.Calon BARISAN NASIONAL yang telah dipilih sememangnya TIDAK mengecewakan rakyat langsung,sebaik diumumkan selaku calon N52 Dun Teluk Datuk,Jimmy Tan memang tak rehat langsung..terus mendekati rakyat.Syabas Jimmy..
Jimmy Tan turun padang berjumpa dengan rakyat.Mendengar masalah rakyat.
Calon DAP pun turun gak..tapi kat tiang-tiang lampu..macamni nak pimpin rakyat!
Sebelah malam Jimmy pun turun padang juga..
Memang terdapat perbezaan antara 2 calon ini.Seorang,turun padang jumpa serta dekati rakyat,manakala seorang lagi hanya meletakkan "bunting" ditiang-tiang..errmmm..apa pun jangan lupa untuk:-


Sabtu, April 20, 2013

TEKTIK KOTOR BERMULA..


PASal putar-belit dan mengelirukan..serahkan ajekan kat puak-puak Pembangkang ni.Confirm..kalau ada anugerah putar-belit pastinya mereka akan mengungguli anugerah tersebut.Terbaharu..kain rentang bertulisan Jawi yang tertera tulisan "UNDURLAH BARISAN NASIONAL".Kan kurang ajar namanya tu.Sanggup lakukan apa sahaja demi mencapai cita-cita mereka.

LIVES:PROSES PENAMAAN CALON PANAS!

Khamis, April 18, 2013

BREAKING NEWS! BN DUN TELUK DATUK (N52)BERPECAH?

Kerjasama mantap!

Semangat sebeginilah yang harus dipuji.Tiada perasaan dendam atau ingin mensabotaj parti,malah berganding bahu melaksanakan tugas serta amanah yang telah diberi oleh rakyat.Syabas Pn Ng Siok Hwa (bekas Penyelaras Dun Teluk Datuk),walaupun nama beliau tidak dicalonkan,namun semangat sayangkan parti,beliau menerimanya dengan hati yang terbuka serta berikrar untuk membantu calun N52 DUN TELUK DATUK untuk berkempen merampas kembali TELUK DATUK dari tangan DAPig.
Beliau ditemui sewaktu hadir ke program santai dan sesi berkenalan bersama calon BN N52,Tan Cheng Chai di Jenjarom.

Selasa, April 16, 2013

Calon harapan rakyat Teluk Datuk



Calon bagi Dewan Negeri Selangor
N01 Sungai Air Tawar – Kamarol Zaki Abdul Razak
N02 Sabak – Abdul Halim Udin
N03 Sungai Panjang – Budiman Mohd Zohdi
N04 Sekinchan – Kek Seng Hooi
N05 Hulu Bernam – Rosni Sohar
N06 Kuala Kubu Baharu – Jessie Ooi Hui Ween
N07 Batang Kali – May Nadazari Ahmad Dahlan
N08 Sungai Burong – Mohd Shamsudin Lias
N09 Permatang – Sulaiman Abdul Razak
N10 Bukit Melawati – Jakiran Jacomah
N11 Ijok- Parthiban a/l Karuppiah
N12 Jeram – Amiruddin bin Setro
N13 Kuang – Abdul Shukur Idrus
N14 Rawang – Lee Li Yew
N15 Taman Templer – Subahan Kamal
N16 Batu Caves – Rawisandran Narayan
N17 Gombak – Said Anuar Said Ahmad
N18 Hulu Kelang – Abdul Rahim Pandak Kamarudin
N19 Bukit Antarabangsa – Mohamad Nadzim Ibrahim
N20 Lembah Jaya – Baderisham Jolly
N21 Cempaka – Muhammad Faizal Sufar
N22 Teratai – Liew Pok Boon
N23 Dusun Tua – Ismail Sani
N24 Semenyih – Johan bin Abdul Aziz
N25 Kajang – Lee Ban Seng
N26 Bangi – Mohd Zaidi Md Zain @Zakaria
N27 Balakong – Lai Kwong Choy
N28 Sri Kembangan – Chin Toong Kang
N29 Sri Serdang – Mohamad Yusof Mohamed Yassin
N30 Kinrara – Wong Hock Aun
N31 Subang Jaya – Gan Meng Foo
N32 Seri Setia – Tengku Rethwan Tengku Mansor
N33 Taman Medan – Abdul Wahab Ibrahim
N34 Bukit Gasing – Juan Sei Chang
N35 Kampung Tunku – Chong Seng Foo
N36 Damansara Utama – Lim Choon Kin
N37 Bukit Lanjan – Chong Tuck Chiew
N38 Paya Jaras – Muhammad Bushro Mat Johor
N39 Kota Damansara – Halimaton Saadiah Bohan
N40 Kota Anggerik – Mohd Yusof Din
N41 Batu Tiga – Ahmad Nawawi M Zin
N42 Meru – Sukaiman Ahmad
N43 Sementa – Md Ghazali Md Amin
N44 Sungai Pinang – Lee Siew Chee
N45 Selat Klang – Faisal Yahya
N46 Pelabuhan Klang – Nasarruddin M Zin
N47 Pandamaran – Ching Eu Boon
N48 Kota Alam Shah – Maglin Dennid Dcruz
N49 Seri Andalas – Mohan a/l Thangarasu
N50 Sri Muda – Mohd Adul Raof Mokhtar
N51 Sijangkang – Zurihan Yusop
N52 Teluk Datuk – Tan Chen Chai
N53 Morib – Hasiman Sidom
N54 Tanjung Sepat – Nisman Yusof
N55 Dengkil – Shahrum Sharif
N56 Sungai Pelek – Ng Chok Sin
Calon kawasan Parlimen
P.092   Sabak Bernam    Mohd Fasiah Mohd Fakeh
P.093   Sungai Besar    Noriah Kasnon
P.094   Hulu Selangor   P Kamalanathan a/l P Panchanathan
P.095   Tanjong Karang  Noh Omar
P.096   Kuala Selangor  Irmohizam Ibrahim
P.097   Selayang        Donald Lim Siang Chai
P.098   Gombak          Raman Ismail
P.099   Ampang          Rozaidah Talib
P.100   Pandan          Lim Chin Yee
P.101   Hulu Langat     Adzhaliza Mohd Nor
P.102   Serdang         Yap Pian Hon
P.103   Puchong         A Kohillan Pillay a/l G Appu
P.104   Kelana Jaya     Loh Seng Kok
P.105   Petaling Jaya Selatan   Sheah Kok Fah
P.106   Petaling Jaya Utara     Chew Hoong Ling
P.107   Subang          Pakas Rao a/l Applanaidoo
P.108   Shah Alam       Zulkifli Noordin
P.109   Kapar           Sakthivel a/l Alagappan
P.110   Klang           Teh Kim Poo
P.111   Kota Raja       Murugesan a/l Sinnandavar
P.112   Kuala Langat    Sharuddin Omar
P.113   Sepang          Mohd Zin Mohamed

Kerusi N 52 Dun Teluk Datuk; JIMMY TAN


TAHNIAH diucapkan kepada Setiausaha MCA Kuala Langat,Jimmy Tan Cheng Chai kerana telah dipilih untuk menjadi calon wakil rakyat BARISAN NASIONAL N52 DUN TELUK DATUK.
Kepada Puan Ng Siok Hua,Penyelaras Pembangunan DUN TELUK DATUK,mewakili seluruh rakyat DUN TELUK DATUK,kami ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tidak berbelah bahagi kepada Puan  di atas komitmen yang Puan berikan sepanjang memegang jawatan tersebut.
Jimmy Tan,dikhabarkan akan "menentang"calon DAP,Tan Choon Swee...

 Menurut Presiden MCA,MCA akan bertanding di 37 kerusi Parlimen dan 90 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), iaitu kurang tiga kerusi Parlimen berbanding pilihan raya 2008, dengan 68 muka baharu di kalangan 127 calonnya.
"PRU kali ini adalah pertempuran hidup atau mati untuk MCA, kita perlu mengetepikan perbezaan pendapat dan memastikan semua calon BN menang kerana keputusan itu akan memberi kesan terhadap masa depan politik MCA serta negara," katanya.


Senarai nama Calon Parlimen dan Dun PRU-13

 
MCA candidates for Parliamentary seats
1. Kedah: P009 Alor Setar, Datuk Seri Chor Chee Heung,58
2. Kedah: P017 Padang Serai, Datuk Heng Seai Kie, 51
3. P. Pinang: P043 Bagan, David Chua Teik Siang,50
4. P. Pinang: P045 Bukit Mertajam, Gui Guat Lye,51
5. P. Pinang: P051 Bukit Gelugor, Teh Beng Yeam,45
6. P. Pinang: P051 Bayan Baru, Tan Heap Seng,56
7. Perak: P064 Ipoh Timur, Kat Wong Mei Yin,37
8. Perak: P065 Ipoh Barat, Cheng Wei Yee,39
9. Perak: P066 Batu Gajah, Loo Thin Tuck,38
10. Perak: P070 Kampar, Datuk Lee Chee Leong,56
11. Perak: P071 Gopeng, Datuk Tan Chin Meng, 53
12. Perak: P074 Lumut, Datuk Kong Cho Ha,63
13. Perak: P077 Tanjong Malim, Datuk Seri Ong Ka Chuan,59
14. Pahang: P080 Raub, Datuk Hoh Khai Mun,58
15. Pahang: P089 Bentong, Datuk Seri Liow Tiong Lai, 52
16. Selangor: P097 Selayang, Datuk Donald Lim Siang Chai, 58
17. Selangor: P100 Pandan, Garry Lim Chin Yee,39
18. Selangor: P102 Serdang, Datuk Yap Pian Hon,70
19. Selangor: P104 Kelana Jaya, Loh Seng Kok, 51
20. Selangor: P105 PJ Selatan, Seah Kok Fah,49
21. Selangor: P106 PJ Utara, Chew Hoong Ling,33
22. Selangor: P110 Klang, Datuk Teh Kim Poo,62
23. W.Persekutuan: P120 Bukit Bintang, Frankie Gan Joon Zin,47
24. W.Persekutuan: P122 Seputeh, Nicole Wong Siaw Ting, 33
25. W.Persekutuan: P123 Cheras, Teoh Chee Hooi, 42
26. W.Persekutuan: P124 Bdr Tun Razak, Tan Kok Eng, 33
27. N.Sembilan: P128 Seremban, Datuk Yeow Chai Thiam,59
28. N.Sembilan: P130 Rasah, Teo Eng Kian,35
29. Malacca: P135 Alor Gajah, Datuk Koh Nai Kwong,52
30. Malacca: P138 Kota Melaka, Dr Yee Kok Wah,35
31. Johor: P142 Labis, Datuk Chua Tee Yong,36
32. Johor: P145 Bakri, Chris Lee Ching Yong, 37
33. Johor: P148 Ayer Hitam, Datuk Wee Ka Siong,45
34. Johor: P152 Kluang, Datuk Hou Kok Chung,50
35.Johor: P158 Tebrau, Khoo Soo Seang, 68
36. Johor: P163 Kulai, Tay Chin Hein,45
37. Johor: P165 Tanjong Piai, Wong You Fong,42
MCA candidates for state seats
Perlis: N01 Titi Tinggi, Khaw Hock Kong,49
Perlis: N08 Indera Kayangan, Dr Por Choo Chor, 64
Kedah: N13 Kota Darul Aman, Loh Gim Hooi, 55
Kedah: N22 Gurun, Dr Leong Yong Kong,53
Kedah: N28 Bakar Arang, Dr Lee Yean Wang, 40
Kedah: N35 Kulim, Chua Thiong Gee,41
Kelantan: N09 Kota Lama, Tan Ken Ten,59
Terengganu: N14Bandar, Datuk Toh Chin Yaw,58
Pulau Pinang: N07 Sungai Puyu, Sum Yoo Keong,63
Pulau Pinang: N08 Bagan Jermal, Tan Chuan Hong, 48
Pulau Pinang: N13 Berapit, Lau Cheik Tuan, 59
Pulau Pinang: N15 Padang Lalang, Tan Teik Cheng,52
Pulau Pinang: N19 Jawi, Tan Cheng Liang,54
Pulau Pinang: N23 Air Puteh, Tan Ken Keong, 41
Pulau Pinang: N27 Pengkalan Kota, Loke Cheang Gin @ Loke Poh Chye ,66
Pulau Pinang N28 Komtar, Loh Chye Teik,54
Pulau Pinang: N32 Seri Delima, Low Joo Hiap,41
Pulau Pinang: N34 Paya Terubong, Koh Wan Leong, 49
Perak: N17 Pokok Assam, Datuk Ho Cheng Wang,58
Perak: N26 Tebing Tinggi, Tony Khoo Boon Chuan, 44
Perak: N27 Pasir Pinji, Datuk Thong Fah Chong, 55
Perak: N28 Bercham, Lim Huey Shan, 38
Perak: N29 Kepayang, Chang Kok Aun, 57
Perak: N32 Menglembu, Loo Gar Yen, 39
Perak: N33 Tronoh, Yip Sze Choy,54
Perak: N37 Pantai Remis, Koh Ser Yun,36
Perak: N40 Malim Nawar, Chang Gwo Chyang,54
Perak: N41 Keranji, Daniel Wa Wai How,25
Perak: N44 Simpang Pulai, Datuk Chang Kon You, 65
Perak: N45 Teja, Yew Sau Kham,59
Perak: N46 Chenderiang, Datuk Dr Mah Hang Soon,48
Perak: N50 Sitiawan, Ting Tai Fook,29
Perak: N57 Sungkai, Goh Kim Swee, 49
Pahang: N04 Ceka, Eng Peak Leng, 45
Pahang: N10 Damak, Datuk Lau Lee, 56
Pahang: N13 Semambu, Toh Seng Soon, 52
Pahang: N14 Teruntum, Chan Hong Seong, 50
Pahang: N30 Mentakab, Datuk Chuah Boon Seong, 58
Pahang: N31 Bilut, Leong Kim Soon, 36
Pahang: N34 Ketari, Woong Choo Yak, 56
Selangor: N04 Sekinchan, Kek Seng Hooi, 50
Selangor: N06 Kuala Kubu Baru, Ooi Hui Wen @ Jessie Ooi, 34
Selangor: N14 Rawang, Lee Li Yew, 49
Selangor: N25 Kajang, Lee Ban Seng, 43
Selangor: N27 Balakong, Dr. Lai Kwong Choy, 51
Selangor: N28 Seri Kembangan, Chin Toong Kang, 53
Selangor: N30 Kinrara, Datuk Wong Hock Aun, 59
Selangor: N31 Subang Jaya, Gan Meng Foo, 50
Selangor: N35 Kampung Tungku, Kelvin Chong Seng Foo, 45
Selangor: N36 Damansara Utama, Datuk Lim Choon Kin, 58
Selangor: N44 Sungai Pinang, Ivy Lee Siew Chee, 38
Selangor: N47 Pandamaran, Dr. Ching Eu Boon,
Selangor: N52 Teluk, Datuk Tan Cheng Chai, 52
Selangor: N56 Sungai Pelek, Ng Chok Sin, 45
Negri Sembilan: N01 Chennah, Siow Foo Wen, 48
Negri Sembilan: N08 Bahau, Dr. Yee Mee Faa, 53
Negri Sembilan: N10 Nilai, Gan Chee Biow, 47
Negri Sembilan: N11 Lobak, Titan Hoh Kok Yew, 40
Negri Sembilan: N12 Temiang, Jason Lee Kee Chong, 35
Negri Sembilan: N22 Rahang, Julia Wong Pik Min, 48
Negri Sembilan: N23 Mambau, Datuk Yu Chok Tow, 58
Negeri Sembilan: N29 Chuah, Lim Chin Fui, 34
Negeri Sembilan: N30 Lukut, Vincent Yeong Seng Wong, 47
Negeri Sembilan: N36 Repah, Yap Seong Fook, 47
Malacca, N08 Machap, Datuk Lai Meng Chong, 67
Malacca: N14 Klebang, Lim Ban Hong, 36
Malacca: N16 Ayer Keroh, Yong Fun Juan, 45
Malacca: N19 Kesidang, Lim Eng Teck, 43
Malacca: N21 Duyong, Datuk Gan Tian Loo, 42
Malacca: N22 Bandar Hilir, Ronald Gan Yong Hoe, 37
Malacca: N24 Bemban, Datuk Ng Choon Koon, 38
Johor: N02 Jementah, Datuk Lee Hong Tee, 50
Johor: N06 Bekok, Tang Chong, 48
Johor: N10 Tangkak, Goh Tee Tee, 57
Johor: N12 Bentayan Helen Fong Soh Lan, 40
Johor: N19 Yong Peng, Lim Kee Moi, 58
Johor: N23 Penggaram, Dr King Ban Siang, 33
Johor: N28 Mengkibol, Chye Kwee Yeow, 46
Johor: N30 Paloh, Lim Sin Hai, 55
Johor: N42 Johor Jaya, Tan Cher Puk, 52
Johor: N45 Stulang Chong CHee Siong, 36
Johor: N46 Pengkalan Rinting, Chang Mei Kee, 46
Johor: N48 Skudai, Liang Ah Chy, 62
Johor: N52 Senair, Tang Nai Soon, 44
Johor: N54 Pulai Sebatang, Datuk Tee Siew Kiong, 49
Johor: N45 Pekan Nanas Datuk Wee Jeck Seng, 49
Sabah: N16 Luyang, Shim Tshin Nyuk @ Agnes Shim, 49
Sabah: N19 Kapayan Datuk Edward Khoo Keok Hai, 61
*Candidates for N12 Parit Yaani, Johor and N07 Teras, Pahang not named yet due to technicalities

Ahad, April 14, 2013

Baru pasang bendera BN...tu pun dah cuak..



Dah panas ke?jangan gitu kami baru nak bermula.Berjuanglah dengan secara yang profesioonal dan bukan ikut emosi.Begitulah yang terjadi dikawasan kami.Barangan kami dirosakkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.Takut dengan bayangan swrta gelombang BARISAN NASIONAL!Namun..walau apa pun yang cuba mereka lakukan..kami sedikit pun tak akan berundur..malah kami akan perhebatkan lagi perjuangan kami..