Selasa, Oktober 06, 2009

Awasss..Bandar Kuching dan Tawau Akan Diserang 8hb Okt Ini- Sweeping Malaysia


Tidak kurang dari 300 orang rakyat Indonesia yang terlatih dengan ilmu kebal yang membolehkan mereka halimunan dan tidak lut senjata dan peluru telah di war warkan dan diberitakan secara meluas di media Indonesia, kononnya akan masuk menyerang untuk tujuan menawan bandar Kuching dan Tawau melalui Bandar Pontianak di sempadan Sarawak dan Nunukan di sempadan Sabah pada 8hb Oktober ini sebelum dalam tempoh di antara enam ke lapan bulan Kuala Lumpur pula diyakini akan dapat ditawan oleh Bendera (Benteng Demokrasi Rakyat).

Untuk rujukan pada 8hb September lebih daripada 30 anggota Bendera berpakaian merah putih (warna bendera Indonesia) yang bersenjatakan buluh runcing telah membuat sekatan jalanraya di Menteng , di tengah bandaraya Jakarta untuk memeriksa kad pengenalan pengguna jalanraya dengan tujuan mencari rakyat Malaysia dalam kempen 'Sweeping Malaysia' kerana Kerajaan Malaysia dituduh menganyang rakyat Indonesia di Malaysia mengunakan agensi keselamatan seperti Polis, Rela dan Tentera yang menurut stastitik Bendera setiap 3 hari ada saja kes penderaan berlaku melibatkan rakyat Indonesia termasuk penderaan oleh majikan.

Menurut kata Adian Napitupulu 38 tahun berbangsa Batak, ketua Bendera yang juga merupakan ahli PDI-P (Parti Demokratik Indonesia-Perjuangan) pimpinan Megawati Sukarnoputri beliau menubuhkan Bendera dua setengah bulan yang lalu semasa pilihanraya pemilihan Presiden Indonesia kerana merasakan parti politik yang ada tidak memperjuangkan hak rakyat. Menurutnya lagi Bendera telah mengeluarkan Deklarasi "GANYANG MALAYSIA" setebal empat mukasurat yang menyatakan Rentcong Aceh, panah Papua, Pedang Pattimura, mandau Kalimantan, keris Jawa, kujang Sunda, golok Betawi, badek Palembang dan pedang Sisingamagaraja (semuanya senjata tradisional Indonesia) telah bersumpah "berdarah" untuk menghancurkan kesombongan Malaysia.

Antara lain ia turut menyenaraikan beberapa tindakan Malaysia yang dikatakan telah menghilangkan kesabaran rakyat Indonesia seperti menuntut pulau kepunyaan Indonesia (Sipadan, Ligitan dan Jemur); mencuri kebudayaan ( makanan seperti rendang, lagu seperti Rasa Sayang Sayange, Injit Injit Semut, Burung Kakak Tua dan Anak Kambing Saya serta tarian Pendet); serta mendera pekerja Indonesia (34 orang dinamakan termasuk Nirmala Bonat yang didera majikan pada 2004).

Enam minggu lalu menurut Adian, 10 orang ejen pengintip Bendera telah masuk ke Malaysia untuk membina jaringan di antara pekerja Indonesia yang dianggarkan berjumlah 1.45 juta orang- pembantu rumah, pekerja binaan dan perladangan- untuk membakar tempat kerja mereka apabila Bendera melancarkan konfrantasi dengan Malaysia nanti. Menurut Adian lagi di atas kertas mereka telah menang kerana semasa Perang Dunia II, Pihak Berikat memerlukan 2 bulan untuk bersedia bagi menyerang Jerman tetapi tidak kepada mereka kerana telah mempunyai seramai 1.45 juta tali barut di Malaysia. "Kami mempunyai pandangan yang berbeza dengan Presiden SBY (Susilo Bambang Yudhoyono yang kini juga digelar Selalu Bencana Ya) yang menyatakan Indonesia tidak boleh menyerang Malaysia kerana terdapat 1.8 juta pekerja Indonesia di sana tetapi pada kami 1.8 juta itulah kekuatan kami."

Bila ditanya peluang untuk berjaya dan bukan sekadar omong omong kosong, Adian mengingatkan yang pada 1998 beliau merupakan salah seorang pemimpin pelajar yang menumbangkan Suharto melalui demontrasi jalanan besar besaran walaupun bekas bapak Presiden itu tidak percaya tetapi ia benar terjadi. Beliau menambah yang dia tidak gila. "Kami ada sebab yang nyata untuk menyerang Malaysia. Hanya orang gila menyerang (negara lain) tanpa sebarang sebab." Sambil melahirkan rasa marahnya lagi beliau turut menuduh Malaysia telah mengekspot 2 orang pengganas (Noordin Mat Top dan Dr. Azahari Husin) ke Indonesia. "Akibatnya masyarakat antarabangsa menyangka Indonesia penuh dengan terrorist," kata beliau.

Cikadak malas nak ulas panjang cuma terpulang pada pembaca untuk menilai kebenaran berita ini yang digarap dari hasil temuramah Philip Golingai dengan Adian pada tengahari 2hb Oktober di Bangunan Jabatan Perhutanan di Jakarta dan telah keluar di ruangan Focus Sunday Star terbitan 4hb Oktober. Cuma secara ringkas sudahlah negara mereka ditimpa musibah dan bencana hingga perlu mengharap bantuan negara tetangga tetapi mereka masih lagi suka berburuk sangka sesama manusia dan seagama. Sewajarnya Bapak Presiden SBY arahkan saja grup ekstrem Bendera ini ke Padang Sumatera melakukan usaha menyelamat bersama SMART dan lain-lain kerana walaupun tauke Syarikat Feri menawarkan tambang percuma untuk sukarelawan dari Kalimantan untuk ke Sumatera tetapi masih terdapat beratus ratus kekosongan tempat dilaporkan kerana no takers.

Nasib baik mereka tidak bilang Melaka mereka yang punya hanya tarian pendet kerana menurut sejarah Parameswara yang berasal dari Palembang yang membuka Melaka. Takde mana la Ketua Menteri Datuk Seri Ali Rustam nak pergi mungkin kena mudik ke hulu melalui Sungai Melaka hingga ke Sungai Linggi lalu sampai ke Bagan Pinang terus turun berkempen ehehe..tapi bab gigit jari orang yang menyuap makan ni pun biasa berlaku di Malaysia tapi dalam konteks lain lah pula..termasuk bab sebangsa seagama berburuk sangka dan tikam menikam kerana itu dah sinonim dengan bangsa Melayu yang mudah lupa dan alpa.. hingga lupa bakal merempat di tanah air sendiri satu masa nanti jika masih begini sentiasa..

2 comments:

Pembela Negara berkata...

Negara dalam bencana, ada hati nak serang negara orang... Ptuihhh!

gate berkata...

HELLO MISTER!!! DO NOT SIMPLY MAKE A HELL BASTART GOSSIPS NEWS HERE!! WE DON'T EVEN KNOW WHERE ARE TAWAU N KUCHING IS... HELL U! WE DO NOT EVEN CARE WHERE IS THAT! OUR COUNTRY IS GOOD ENOUGH, and INTERSTING FOR JOURNEY. THAT I KNEW, SABAHAN PEOPLE VERY GOOD RELATIONSHIP WITH US, THEY ARE REALLY LIKE OUR ENTERTAINMENTS, AND WE ARE FRIENDS! AS WHAT WE DID TOO. ANYWAY,OUR LANGUAGE ALSO ALMOST SIMILAR.
PLEASE DON'T MAKE UR OWN RESIDENCES,MALAYSIANS WORRIED N SCARED OF IT LAH DUDE!
IF THIS NEWS IN UR BLOG IS TRUE WILL HAPPEN, WE ABLE TO GIVE OUR OWN COUNTRY TO YOU AND WE ABLE TO GIVE OUR RICHNESS TO U AS WELL WILL BE GENTELMENT OF IT!
DO YOU??
IF THIS NEWS IS SUCKS DICK BASTARD HELL GOSSIP ONLY... CAN U GUYS DO AS WHAT I SAID ABOVE?
BUT,, hahaha... ITS WONT! I GUESS, U PEOPLE ARE NOT GENTLMENT...SORRY FOR SAYING THIS.. BUT PLEASE SHOW IT TO US IF U ARE GENTLEMENT,OKAY?? I HAVE BEEN FOR SO LONG IN SARAWAK! IT'S FINE :)
nothing i hear..
if INDONESIANS GET ANGRY OF IT! WAJAR! WHAT HAVE U DONE TO OUR COUNTRY?? BE A BOMBER TO OUR CITY, MAKE FEAR TO OUR TOURISTS, DAMAGE OUR COUNTRY, TOOK OUR CULTURES, TREAT US LIKE HELL BADLY, LOOK DOWN ON US. WHAT WILL HAPPEN TO U PEOPLE IF THIS SITUATION ON U?? WILL U GET MAD? FOR SURE! I WILL SAY YES! BECAUSE WE ARE HUMAN WHOM GOT FEELING! PLEASE UNDERSTAND US TOO!
PLEASE BE GENTLEMENT, AND DONT SIMPLY TALK. OKAY..
THINK! OUR JUDGEMENT DAY AND HELL WAITING US SOON, TO TREAT AS WHAT WE DID AND WHAT WE SAID BADLY... I HOPE WE GOT MIND TO THINK IT.
THANKS!