Ahad, Mei 31, 2009

TAHNIAH SERTA TERIMA KASIH

Syukur Alhamdulillah,tepat jam 10:40 malam (30-Mei-2009) Persidangan Tahunan Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Telok Datok telah selamat dijalankan.

Alhamdulillah juga kerana bilangan ahli bertambah.KP harapkan agar lebih ramai lagi ahli yang hadir dimasa akan datang.

Kepada para Ahli Jawatankuasa Pergerkan Pemuda UMNO Cawangan Telok Datok,KP ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada anda semua kerana memberi sokongan kepada KP menerajui Pemuda Cawangan Telok Datok.

Penghargaan khas juga buat Encik Kamarul Ariffin bin Dato' Abd. Samad,kerana komitmen yang diberikan serta melaksanakan tugasan selaku Pengerusi Tetap Sementara Mesyuarat dengan jayanya.

Kepada mantan KP,Encik Mohammad Khairul bin Dato' Abd. Samad,juga diucapkan terima kasih kerana memberikan tunjuk ajar kepada KP serta AJK dalam kendalikan persidangan ini.

Kepada Setiausaha Pemuda Cawangan,terima kasih juga kerana dapat menyiapkan buku persidangan.

Kepada AJK yang lain,sekali lagi KP ucapkan terima kasih di atas komitmen yang anda berikan.

Wasssalam

Ikhlas daripada:-

Zawalajam Bin Haji Mashod

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Telok Datok 

Khamis, Mei 28, 2009

MOTIVASI JATI DIRI BANGSA MELAYU

Assalammualaikum...

Ceramah "MOTIVASI JATI DIRI BANGSA MELAYU" akan diadakan pada :-

Tarikh : 31 Mei 2009
Masa : 8.00 pagi hingga 2.00 petang
Tempat : Dewan Wawasan Batu 9,Kampung Medan, Sijangkang.
Penceramah :
1. Saudara Lokman Nor Adam (Exco Pemuda Umno Malaysia)
2. Dato' Zainal Abidin Sakom

Orang ramai dijemput hadir pada hari berkenaan. Terima kasih.

Rabu, Mei 27, 2009

NOTIS PERSIDANGAN TAHUNAN PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK TAHUN 2009



Sukacita dimaklumkan bahawa Persidangan Tahunan Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Telok Datok tahun 2009 akan diadakan pada tarikh,masa,tempat seperti berikut:-


Tarikh : 30 Mei 2009 (Sabtu)

Masa : 8:30 malam

Tempat : Balai Raya,Taman Seri Telok Datok.


Sehubungan dengan itu,Tuan/Saudara adalah dijemput menghadiri persidangan tersebut. Kehadiran dari pihak Tuan/Saudara amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Isnin, Mei 25, 2009

LAPORAN SEMINAR KEUSAHAWANAN DAN PELUANG PERNIAGAAN 2009



Salam..Seminar Keusahawanan Dan Peluang Perniagaan anjuran Koordinator DUN Sijangkang Dan Biro Ekonomi Pemuda Kuala Langat yang telah diadakan pada 24 Mei 2009, Ahad lepas bertempat di Dewan SMK Telok Panglima Garang mendapat sambutan yang menggalakkan apabila seramai 310 orang peserta menyertai seminar ini. Walaupun penganjur menganggarkan kehadiran seramai 200 orang peserta,namun jumlah kehadiran peserta melangkaui anggaran itu.
Seminar dimulai pada pukul 9.00 pagi dengan penceramah dari MARA yang menerangkan definisi keusahawanan dan asas-asas untuk memulakan perniagaan. Seterusnya diterangkan pula bagaimana cara-cara untuk membuat pinjaman dari MARA dan syarat-syarat yang perlu dipatuhi.
Selepas berhenti rehat untuk solat Zuhur dan makan tengahari,pihak dari TEKUN Bahagian Kuala Langat. pula menyampaikan penerangan bagaimana cara-cara untuk membuat pinjaman dari agensi tersebut. Apa yang menarik perhatian, buat masa sekarang TEKUN memberhentikan sebentar proses memberi pinjaman kepada usahawan kerana jumlah dana yang tidak mencukupi disebabkan kelesuan pembayaran balik hutang dari peminjam-peminjam TEKUN. Kepada para peminjam TEKUN,tolonglah bayar balik hutang walau sekadar yang mampu bagi menolong kawan-kawan lain yang ingin meminjam.
Seminar diteruskan dengan sesi penerangan dari pihak Agro Bank Cawangan Telok Panglima Garang. Ia juga berkisar dengan skim-skim serta proses-proses pinjman dari pihak Agro Bank.
Akhir sekali, majlis perasmian penutup disempurkan oleh YB Dato' Hj Sulaiman B. Mohd Karli (Ketua UMNO Bahagian Kuala Langat) dengan kehadiran En. Zurihan B. Yusof (Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kuala Langat) bersama barisan AJKnya.
Syabas diucapkan kepada Koordinator DUN Sijangkang Dan Biro Ekonomi Pemuda Kuala Langat yang telah menjayakan seminar ini dengan cemerlang sekali. Diharapkan program seperti ini dapat diteruskan di lain masa. Sekian.

Jumaat, Mei 22, 2009

MENTERI BESAR PERAK YANG SAH DATO SRI ZAMBRY


Mahkamah Rayuan hari ini mengumumkan Datuk Seri Zambry Abd Kadir sebagai menteri besar Perak yang sah.Keputusan itu membatalkan penghakiman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur minggu lalu yang mengesahkan kedudukan asal Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.Panel tiga hakim itu - yang telah mendengar hujah kedua-dua pihak di Putrajaya seharian semalam - sebulat suara menerima rayuan Zambry.Dalam penghakimannya, ketiga-tiga mereka berhujah bahawa hakim mahkamah tinggi Datuk Abdul Aziz Abd Rahim membuat kesilapan dalam keputusannya dan Sultan Perak layak melantik Zambry apabila Mohamad Nizar hilang majoriti dalam DUN.

NOTIS MESYUARAT KHAS AJK PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK

Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Khas AJK Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Telok Datok akan diadakan pada tarikh,masa,tempat seperti berikut:-

Tarikh : 25 Mei 2009 (Isnin)
Masa : 8:30 malam
Tempat : Balai Raya,Taman Seri Telok Datok.


Sehubungan dengan itu,semua AJK adalah dijemput menghadiri mesyuarat tersebut.Kehadiran dari pihak Tuan/Saudara amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Rabu, Mei 20, 2009

KURSUS KEUSAHAWANAN dan PELUANG PERNIAGAAN

SALAM..

KURSUS KEUSAHAWANAN dan PELUANG PERNIAGAAN

ANJURAN KOORDINATOR DUN SIJANGKANG

DAN

BIRO EKONOMI PEMUDA KUALA LANGAT AKAN DIADAKAN PADA:-

Tarikh : 24 Mei 2009 (ahad)

Tempat : Dewan SMK Telok Panglima Garang.

Yuran : RM 10.00 seorang

PENYERTAAN TERHAD KEPADA 200 ORANG PERTAMA SAHAJA.

BERMINAT?

Sila tinggalkan nama,alamat dan no.telefon di dalam ruang "comment"

TARIKH TUTUP 20hb MEI 2009

Selasa, Mei 19, 2009

Gangguan Bekalan Air Di Beberapa Kawasan Di Kuala Langat


Gangguan bekalan air akan berlaku di beberapa kawasan di Kuala Lumpur dan Selangor pada 21 Mei, 25 Mei, 1 Jun dan 4 Jun ini.

Pengurus Besar Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) Abdul Halem Mat Som berkata gangguan itu berikutan kerja-kerja menaiktaraf mutu perkhidmatan bekalan air kepada pengguna.

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata beberapa kawasan di Kuala Langat akan mengalami tekanan air rendah iaitu Pekan Jenjarom termasuk Taman Amanah, Taman Sentosa, Taman Ria, Taman Yayasan, Taman Seri Jarom, Taman Desa Jarom dan Kampung Jenjarom pada 21 Mei pukul 9 malam hingga 9 pagi keesokannya dan 9 malam 4 Jun hingga 9 pagi keesokannya.

Kawasan-kawasan lain yang terlibat adalah Sungai Rambai termasuk Taman Rambai Indah dan Taman Kota, Seri Cheeding melibatkan Taman Periang, Taman Bakti, Taman Sejati dan Kampung Seri Cheeding serta Sungai Manggis di Taman Seri Manggis dan Taman Manggis Jaya.

Pada 25 Mei mulai pukul 9 malam hingga 9 pagi keesokannya, beberapa kawasan di Kuala Langat iaitu di Taman Seri termasuk Taman Seri Telok Datok, Taman Seri Manggis, Taman Manggis Jaya, Kuarters kerajaan Telok Datok, Pejabat Jabatan Kerja Raya, Pusat Dialisis Telok Datok dan Pejabat Syabas Wilayah Kuala Langat akan mengalami gangguan.

Pada 1 Jun, daerah Kuala Langat sekali lagi akan mengalami gangguan bekalan air mulai pukul 10 malam hingga jam 9 pagi kesokannya di Kanchong Darat meliputi Taman Mesra, Taman Seri Damai, Taman Nilam, Taman Orkid, Taman Kenanga, Taman Kemuning, Taman Cempaka, Taman Budiman, Taman Baiduri, Taman Kanchong Darat dan Kampung Sungai Lang.

Kawasan lain yang terlibat ialah Pekan Banting, Jalan Morib melibatkan Taman Desa Jaya, Taman Bersatu dan Jugra di Taman Sri Putra, Taman Setia Jaya, Taman Banting Jaya, Taman Banting Baru serta Kampung Sungai Buaya.

Di Kuala Lumpur, gangguan akan berlaku di seluruh Alam Jaya, Wangsa Cheras, Sunway Cheras, Taman Mudun, Taman Emas dan Taman Permata pada 21 Mei mulai 10 malam hingga 5 pagi keesokannya.

Sementara itu, gangguan bekalan air akan berlaku di Ibu Pejabat Syabas, Kuala Lumpur dan Pusat Perubatan Pantai pada 25 Mei mulai pukul 8 malam hingga 7 pagi keesokannya.

Beberapa kawasan di Petaling akan turut mengalami gangguan pada 21 Mei mulai pukul 5 petang sehingga 5 pagi keesokan harinya, iaitu di Bandar Kinrara 1 hingga 9, Taman Perindustrian Kinrara, Balai Bomba Bukit Jalil Jalan Puchong-Sungai Besi, Sirim Jalan Puchong-Sungai Besi, Taman Alam Sutera, Pusat Tahanan Sementara Bukit Jalil, Taman Mutiara Bukit Jalil, Pangsapuri Enggang, Taman Mesra, Taman Aman Sari, Taman Pusat Perniagaan Kinrara dan Kondominium Lavender.

Gangguan akan berlaku di beberapa kawasan di Petaling Jaya pada 25 Mei bermula pukul 8 malam hingga 7 pagi keesokannya iaitu di Sekeyen 5 Petaling Jaya, Kampung Kerinchi, Bukit Angkasa, Kondominium Panorama, Seksyen 16, Seksyen 17 dan Seksyen 19 Petaling Jaya, Rumah kakitangan Universiti Malaya Seksyen 16, Pusat Matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa Petaling Jaya dan Pantai Hillpark.

Syabas menasihatkan pengguna agar menyimpan bekalan air secukupnya dan menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh gangguan itu.

Orang ramai boleh menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (Puspel) menerusi talian bebas 1-800-88-5252 atau layari laman web Syabas di www.syabas.com.my untuk sebarang pertanyaan atau aduan

Isnin, Mei 18, 2009

SELAMAT BERJUANG WIRA-WIRAWATI MALAYSIA


PERDANA Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menyerahkan Jalur Gemilang kepada perenang Selat Inggeris Zahrah Masoumah Abdul Halim (dua dari kiri) di Putrajaya. Turut kelihatan adiknya Salman Ali Shariati Abdul Halim (kiri) serta Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin (dua dari kanan). sumber berita harian

KP: Kepada Zahrah Masoumah Abdul Halim,Adik Salman serta Muqharabbin,KP serta AJK mengucapkan SELAMAT BERJAYA..Semoga ALLAH melindungi serta memberkati kalian.Harumkan nama negara kita.

BN tidak tanding di Penanti

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) sebentar tadi putuskan BN tidak akan bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti, 31 Mei ini. 

Keputusan itu diumumkan Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak selepas mempengerusikan mesyuarat itu di sini, petang ini. 

Beliau berkata, sebab tidak bertanding kerana mengambil kira kepentingan rakyat serta keutamaan menangani masalah ekonomi negara ketika ini.


sumber: Berita Harian

KP:- Alhamdulillah.Satu keputusan yang amat baik sekali.Lebih-lebih lagi dalam keadaan ekonomi sekarang.Keutamaan kepada raknyat harus didahulukan.Syabas!!

Ahad, Mei 17, 2009

Parti komponen BN perlu henti perbalahan dalaman

BUKIT MERTAJAM: Semua pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) diminta menghentikan perbalahan dalaman parti masing-masing dan menumpukan usaha kepada menyelesaikan masalah rakyat. 

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata sebarang perbalahan atau masalah dalaman parti perlu diselesaikan segera supaya tumpuan dapat diberikan kepada rakyat. 

"Saya minta setiap parti memperbaiki kelemahan masing-masing dan menjaga kampung halaman sendiri. Janganlah kita sibuk berpolitik sehingga menjejaskan kepentingan rakyat," katanya kepada pemberita selepas menemui masyarakat Siam di Kampung Telok Wang, di sini. 


Beliau berkata pada masa sama kerjasama antara parti komponen perlu dieratkan dan jika ada sebarang masalah hubungan antara parti-parti itu, ia perlu diketepikan. 

"Saya minta pemimpin parti komponen BN mengetepikan sebarang perbezaan dan masalah agar keserasian dijalin semula. Janganlah pemimpin sibuk menyelesaikan masalah mereka dan tidak peduli masalah yang dihadapi rakyat," katanya. 

Ahmad Zahid, yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang, berkata keputusan teruk BN pada pilihan raya umum 2008 bukanlah kerana pembangkang terlalu kuat tetapi BN berada dalam keadaan lemah kerana masalah-masalah dalamannya. 

Beliau yakin BN akan kembali sebagai parti yang kuat pada pilihan raya umum akan datang jika parti komponennya dapat mengukuhkan kerjasama dan persefahaman mereka. 

"Ketepikanlah masalah titik bengik yang ada dan cari formula baru untuk bangun kembali sebagai sebuah parti yang kuat," katanya. 

Bagi Pulau Pinang, katanya Umno negeri akan mengadakan pertemuan dengan pemimpin parti komponen BN sekurang-kurangnya sebulan sekali dan setakat ini perjumpaan telah diadakan dengan Gerakan dan MCA. - Bernama

sumber: Berita Harian

 KP:- Memang benar kata TPM tu,sekarang ni BUKAN masa untuk kita berbalah antara kita.Jika boleh selesaikan,selesaikan dengan duduk semeja...bincang hati ke hati.Barulah aman

SYARAT ANWAR DALAM PERTEMUAN DENGAN NAJIB.BENARKAH DIA MAHU TUDUHAN LIWAT DIGUGURKAN ?



masih ingatkah kamu tentang pertemuan tidak dirancang di hulu langat, antara anwar attaturk dan paklah ? pertemuan tetutup enam mata antara kiyai yang telah difatwakan sesat oleh almarhum dato mufti ishak baharom,anwar attaturk dan paklah kabarnya merupakan usaha terakhir anwar untuk memujuk paklah melepaskan beliau daripada tuduhan meliwat ?

namun usaha pujukan itu tidak berhasil kerana paklah sebenarnya tidak berminat dengan urusan mempengaruhi keputusan mahkamah. 

dalam beberapa pendedahan artikel gap yang lepas, yang diselang selikan dengan 'HINT' bloger x-pkr, maka puzzle-puzzle teori rancangan politik anwar ataturk sudah hampir kita lengkapkan.

gambar sisi blog gap, yang ada mempamerkan gambar anwar bertajuk 'mohon suaka politik' merupakan hint awal kumpulan kami memberitahu rakyat akan game plan tersembunyi anwar attaturk. 

dua hari lepas, saiful bukhari sudah meluahkan rasa keresahannya apabila diberitahu akan hajat anwar attaturk untuk berlepas ke washington beberapa hari sebelum prosiding perbicaraan berlangsung...

anwar attaturk pakar dalam hal divert isu. 

isu perak antara game politik terbaik mencipta 'deal'. anwar attaturk tahu selama ini dia sudah kalah dalam pertarungan krisis di perak. apa yang boleh dilakukan adalah mencipta persepi dan membina momentum.

perak dan 16 september hanyalah 'mirror' yang di spin kan oleh anwar attaturk untuk mewujudkan gawat politik negara. tetapi pada hakikatnya anwar attaturk tahu, 2 game ini TIDAK AKAN BERTAHAN LAMA...

16 september sudah ke longkang.
pujukan di hulu langat tidak menjadi.
DAN PERAK merupakan usaha terakhir untuk anwar attaturk 'menjual produknya' kepada najib, dengan syarat tersembunyi nya...

NAJIB MENGGUGURKAN TUDUHAN LIWAT OLEH ANWAR KEPADA SAIFUL ! 

haha..najib semakin menghampiri kepada politikal 'checkmate' apabila nizar bintang 3 kini sudah menjadi ikon kebencian bangsa melayu kepada pkr dan pas !

SOALAN AKU KEPADA KAMU : JIKA ANWAR ATTATURK BERANI DAN BENAR, KENAPA DIA SUKA BERLARI APABILA KES LIWAT SEMAKIN MENGHAMPIRI ?

Isu Hati Dan Perasaan Semua Kaum Jadi Tumpuan Kumpulan Pemikir Umno Selangor

SHAH ALAM, 16 Mei (Bernama) -- Ketua Pembangkang Selangor Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo yang dilantik sebagai Ketua Kumpulan Pemikir Umno Negeri hari Sabtu berkata antara isu yang bakal beliau tangani ialah bagaimana menjaga hati dan perasaan rakyat Malaysia yang berbilang kaum.

Dr Khir yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Sungai Panjang berkata kumpulan pemikir yang akan ditubuhkan kelak bakal dianggotai golongan akademik, tokoh-tokoh korporat dan ahli-ahli politik yang terdiri daripada berbilang kaum.

Pelantikan Dr Khir itu diumumkan oleh Presiden Umno dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini selepas mempengerusikan mesyuarat pertama badan perhubungan Umno Selangor setelah beliau mengambil alih teraju Umno Selangor daripada Tan Sri Muhammad Muhamad Taib.

Ketika diminta mengulas mengenai pelantikannya selepas mesyuarat itu, Dr Khir berkata ramai yang masih tercari-cari formula terbaik bagi menjaga hati dan perasaan semua kaum di negara ini kerana kalau kaum tertentu mendapat layanan yang lebih, kaum yang lain akan berkecil hati.

"Jika kita gagal menjaga dan mengambil hati rakyat, BN (Barisan Nasional) akan ditolak satu hari nanti. Sebab itulah kita akan wujudkan satu kumpulan pemikir bukan sahaja di kalangan orang Melayu tetapi orang Cina, orang India juga," katanya.

Beliau berkata kumpulan pemikir ini perlu mencari bentuk perubahan yang sebenar-benarnya diimpikan oleh seluruh rakyat Malaysia.

Sabtu, Mei 16, 2009

PASUKAN FUTSAL TAMAN SERI TELOK DATOK DALAM HARIAN METRO

Cuba cari yang mana satu Tuan KP kita... Hadiah misteri menanti anda jika dapat meneka dengan tepat... ahahaha!
*klik gambar untuk paparan yang lebih jelas

Jumaat, Mei 15, 2009

Sekitar Majlis Road-show dan Taklimat Persidangan Pemuda Bahagian ke Dun Telok Datok

Salam,bertempat di Pusat Komuniti Kampung Jenjarom,satu majlis "roadshow" serta taklimat persidangan telah diadakan pada malam tadi (14hn Mei 2009).Majlis ini dianjurkan oleh pihak pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kuala Langat.Pada sesi ini,Dun Telok Datok telah dipilih untuk menjadi tuan rumah,selepas Dun Sijangkang.Di Dun Telok Datok,Ybhg Dato'Seri Dr. Shafie Bin Mohd Salleh telah sudi merasmikan majlis pada malam ini.

Pada pandangan peribadi saya,program ini adalah amat baik sekali,bukan sahaja pihak akar umbi dapat berkenalan dengan pihak atasan,malah,pihak atasan dapat mendengar segala permasalahan akar umbi.Saya juga amat berbesar hati,andaikata program ini bukan diadakan untuk di Dun-Dun sahaja,malah saya fikir harus diperluaskan ke cawangan-cawangan.Memang tidak dapat dinafikan,semua pegawai tidak dapat turun sama ke sesuatu cawangan,masing-masing ada komitmen.Jadi,pecah-pecahkan para pegawai tersebut..turun ke cawangan-cawangan,kenali pemimpin pihak cawangan,ketahui permasalahan cawangan.Saya rasalah,sekiranya pihak atasan dapat melakukannya,tidak mustahil kita dapat tawan hati para pengundi muda.

(sebahagian dari para AJK Bahagian,sedang menikmati jamuan makan sebelum majlis dimulakan)

(Tuan Pen.S/u Pemuda Bahagian,selaku Pengerusi Majlis)

(Ybhg Dato'Seri serta Tuan KP Bahagian Kuala Langat)

(sesi menyanyikan lagu Negaraku,lagu UMNO dan Ikrar Pemuda)

(ucapan aluan dari timb.pengerusi Dun Telok Datok,saudara Usri B. Saiman)

(majlis penyampaian watikah kepada Ketua Zon-zon Dun Telok Datok)

(Tn.Kp Bahagian sedang menyampaikan cd manual panduan beserta sumbangan kepada Kp Cawangan Telok Datok)

Khamis, Mei 14, 2009

Ketua serta Ahli Jawatankuasa 

Pergerakan Pemuda UMNO Cawaangan Telok Datok

ingin mengucapkan 

"SELAMAT HARI GURU"

kepada seluruh warga pendidik

yang bergelar CIKGU

Sesungguhnya jasa dan bakti anda tidak dapat kami balas.Terima kasih Cikgu.Semoga Allah memberkati cikgu-cikgu sekelian

SEBARKAN MAKLUMAT 'KEBIADAPAN' MEREKA INI !

Menurut sumber, Dewan Undangan Negeri Perak telah menyenaraikan sebilangan kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh para ahli Dewan Undangan Negeri pembangkang semasa sidang Dewan Undangan Negeri. 

Mereka telah melakukan provokasi, mengeluarkan kata-kata kesat, memasuki kawasan tempat duduk ADUN BN dan menghalang tugas pegawai DUN itu.
Disenaraikan kesalahan-kesalahan Adun Pakatan pembangkang yang dilakukan pada sidang DUN 7hb Mei 2009.

1. Sebahagian ADUN PAKATAN PEMBANGKANG tergesa-gesa masuk ke dalam dewan untuk mengambil tempat duduk yang di khaskan untuk ADUN KERAJAAN. 

2. ADUN PAKATAN PEMBANGKANG mewujudkan provokasi kepada ADUN KERAJAAN dengan memasuki ke tempat duduk ADUN KERAJAAN. 

3. Timbalan Yang DiPertua Dewan Negeri, Y.B. Puan Hee Yit Foong telah dihina oleh ADUN PAKATAN PEMBANGKANG dengan dilemparkan wang kertas oleh Y.B. Encik Su Keong Siong dan Y.B. Encik Leong mee meng. 

4. Y.B. Encik Su Keong Siong telah mengeluarkan kata-kata kesat dalam bahasa cina yang barmaksud 'pergi mati engkau...' dengan tujuan menghina kepada YB Timbalan Yang Dipertua Dewan.

5. Y.B. Encik Seah Leong Peng, ADUN Pasir Bedamar dan Y.B. Encik Su Keong Siong, ADUN Keranji dan beberapa orang lagi telah menghalang Setiausaha Dewan Negeri daripada menjalankan tugas ketika persidangan. 

6. Baju jubah Setiausaha Dewan Negeri telah dicuri dan disorok di belakang kerusi di dalam bilik rehat Speaker Dewan Undangan Negeri. 

7. Y.B. Encik Sivakumar a/l Varatharaju Naidu dengan angkuh telah mengingkari titah ucapan tuanku Raja Muda Perak yang telah disampaikan kepada Setiausaha Dewan Negeri agar memulakan prosiding dan aturan dalam dewan. Setiausaha Dewan Negeri telah mengingatkan kepada Y.B. Sivakumar sebanyak enam kali berhubung titah ucapan tuanku berkenaan. 

8. Y.B. Encik Yew Tian Hoe, ADUN Au Long dengan sengaja telah duduk di kerusi Yang DiPertua Dewan Negeri Perak (setelah Y.B. Sivakumar dibawa keluar) bagi menghalang Y.B. Dato' R. Ganesan dari menjalankan tugas sebagai speaker baru yang dilantik. 

9. Teks prosiding dan bacaan doa Setiausaha Dewan telah dirampas dari pada Setiausaha Dewan dan telah dirosak dan dikoyakkan. Y.B. Encik Yiew Tian Hoe juga telah menghempas teks prosiding dan doa di atas mejanya beberapa kali hampir 5 minit bagi tujuan membuat bising. 

10. Y.B. Encik Khalil Idham Lim. b. Abdullah ADUN Titi Serong, telah mencetak risalah-risalah yang tidak diketahui sumbernya dan mengedarkan kepada ADUN-ADUN PAKATAN PEMBANGKANG. 

11. ADUN Jalong dan ADUN Tebing Tinggi telah menyerahkan memory card video camera dan camera digital kepada pihak wartawan untuk tujuan hebahan pada pihak yang tidak diketahui. 
12. Y.B. Sivakumar telah menafikan serta menggagalkan bentara daripada membawa cokmar masuk ke dalam dewan sebagai simbolik rasmi untuk memulakan persidangan dewan. 

13. Lebih 10 orang termasuk Y.B. Ngeh Koo Ham, Y.B. Nga Kor Ming dan Speaker ADUN PAKATAN PEMBANGKANG meluru naik ke tingkat 2 dengan melalui laluan yang tidak dibenarkan untuk mereka tetapi dikhaskan kepada pengawal peribadi Tuanku. 

14. Setiausaha Dewan telah menasihati Y.B. Sivakumar agar mengiringi Tuanku Raja Muda ke kamar Di Raja tetapi telah tidak diendahkan oleh Y.B. Sivakumar. Sebaliknya beliau mengatakan beliau ada urusan lain yang perlu diselesaikan dahulu.

15. ADUN PAKATAN PEMBANGKANG telah meluru masuk ke dalam dewan dan mengambil alih tempat duduk yang dikhaskan untuk ADUN KERAJAAN serta telah mengoyak beberapa tanda nama ADUN KERAJAAN. 

16. EMPAT ATAU LIMA ADUN PAKATAN PEMBANGKANG mengeluarkan kata-kata kesat kepada Y.B. SUK yang bermaksud menghalang beliau menjalankan tugas. 

17. ADUN PAKATAN PEMBANGKANG menghalang Y.A.B. Menteri Besar dari membawa usul yang ditetapkan dalam aturan sidang DUN. 

18. ADUN PAKATAN PEMBANGKANG menghalang Timbalan Speaker dan Speaker Y.B. Dato' R. Ganesan dari menjalankan tugas. 

19. Speaker Sivakumar telah menyalahgunakan kuasa dengan meminta Y.A.B. Menteri Besar dan 6 Exco serta 3 ADUN Bebas keluar dewan dan ianya melanggari aturan dewan yang ditetapkan dan menghina keputusan Mahkamah Persekutuan. 

20. ADUN PAKATAN REMBANGKANG telah melemparkan Buku Perintah Tetap DUN ke arah Y.B. Timbalan Speaker. 

21. Tindakan sebahagian besar ADUN PAKATAN PEMBANGKANG tidak menghadiri sesi perbarisan tetapi memasuki DUN lebih awal dan tindakan sebahagian lagi yang tergesa-gesa memasuki DUN selepas tamat perbarisan melalui laluan yang tak dibenarkan dan seterusnya mengambil tempat duduk yang dikhaskan kepada Exco dan ADUN Barisan Nasional menunjukkan ADUN PAKATAN PEMBANGKANG mempunyai niat membuat haru-biru dan kekacauan bagi menggagalkan sidang DUN. 

22. 5 - 6 mikrofon telah dirosakkan oleh beberapa ADUN PAKATAN PEMBANGKANG. 23. Pejabat Bahagian Perhubungan Awam dan Korporat telah menerima dua panggilan ugutan dari pihak tidak bertanggungjawab mengatakan bahawa terdapat bom di bangunan SUK Perak. Ianya bertujuan bagi mengelakkan DUN dari bersidang. 

24. Bentara Dewan juga turut ditolak sehingga mengalami kecederaan di kaki semasa menjalankan tugas mengikut peraturan dewan sehingga terpaksa mendapatkan rawatan di hospital. 

Rakyat mengesa Jawatankuasa Perintah-perintah Tetap dan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan wajar bermesyuarat segera untuk mengantung mereka yang melakukan perbuatan yang terlampau ini.

Road Show Pimpinan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kuala Langat

Sukacitanya dimaklumkan bahawa barisan pimpinan Pimpinan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kuala Langat akan mengadakan siri jelajah serta taklimat khas sempena Persidangan Tahunan UMNO Cawangan-Cawangan Dalam Bahagian Kuala Langat yang akan berlangsung dari 15hb Mei 2009 sehingga 30hb Jun 2009 kelak.
Sehubungan dengan itu semua Ketua Pergerakan Pemuda/Naib Ketua Pemuda/Pen. Setiausaha/Ketua Penerangan dengan ini DIWAJIBKAN menghadiri siri jelajah ini pada:

SIRI JELAJAH 2 (DUN TELOK DATOK)
TARIKH : 14HB MEI 2009
MASA : 8.30 MALAM
TEMPAT: DEWAN ORANG RAMAI KAMPUNG JENJARUM

Harap semua dapat menghadirkan diri dalam menjayakan program ini. Terima kasih!

Rabu, Mei 13, 2009

INI BERITA YANG BARU KAMI TERIMA ..

"Adun PKR Kuala Kurau dan Ahli Parlimen PKR Bagan Serai akan keluar dari PKR. Difahamkan rundingan telah pun diadakan malam tadi dengan wakil BN Perak. Adun Kuala Kurau ini saya difahamkan terlalu meluat dengan perangai Nizar,kerana langsung tidak berbincang dengan semua Adun dalam kemelut poltik di Perak.


Manakala Ahli Parlimen Bagan Serai itu pula ada masalah dengan Ketua Bahagiannya. Difahamkan ketua bahagiannya telah memberi amaran kepadanya yang berbunyi begini 'jangan harap kamu akan dipilih sebagai calon dalam pru akan datang".
baca seterusnya..

SEKALUNG TAHNIAH

KETUA

serta

AHLI JAWATANKUASA PERGERAKAN PEMUDA UMNO

Cawangan TELOK DATOK,BANTING,SELANGOR

ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kuala Langat,

Encik Zurihan Bin Mohh Yusuf

kerana telah dilantik selaku

SETIAUSAHA PERGERAKAN PEMUDA UMNO NEGERI SELANGOR

Isnin, Mei 11, 2009

Selamat Ulang Tahun UMNO Ke-63



11 Mei - Segala kegemilangan yang ada hari ini adalah hasil perjuangan UMNO dulu, kini & selamanya. Dengan usia UMNO ke-63 ini, tekad diperbaharui dengan perubahan-perubahan yang akan lebih mesra kepada ahlinya dan rakyat di semua peringkat, untuk tetap meneruskan kesinambungan parti agar dapat menjadi pusaka untuk diwariskan kepada generasi seterusnya.
Kami dari Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Telok Datok ingin mengucapkan Selamat Panjang Umur kepada parti UMNO yang dicintai.

HIDUP UMNO! HIDUP UMNO! HIDUP UMNO!

Majlis Ulang Tahun UMNO Ke-63

Sehubungan itu, Ibu Pejabat UMNO akan mengadakan sambutan sempena meraikan Hari UMNO tersebut dan orang ramai khususnya ahli-ahli UMNO dijemput untuk bersama-sama meraikannya.

Dalam masa yang sama juga, pihak media dijemput untuk membuat liputan sepanjang majlis tersebut berlangsung.

Sesungguhnya, kerjasama dan sokongan orang ramai dan pihak media amat disanjung tinggi dan dihargai.

Untuk makluman, Majlis Ulang Tahun UMNO Ke-63 adalah seperti berikut:

Tarikh: 11 Mei 2009 (Isnin)

Tempat: Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC)

Masa: 6.45 Petang

Aturcara
6.45 petang : Ketibaan tetamu/jemputan serta dif-dif kehormat
6.50 petang : Ketibaan Ahli-ahli Majlis Tertinggi
7.10 malam : Ketibaan YAB Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin (Timbalan Presiden UMNO)
7.15 malam : Ketibaan YAB Datuk Sri Mohd Najib Tun Razak (Presiden UMNO)
7.18 malam : Solat Maghrib, Bacaan Yassin, Tahlil dan Doa Kesyukuran (Dewan Tun Razak 4)
8.30 malam : Solat Isyak
8.50 malam : Nyanyian Lagu ‘Negaraku’
Upacara menaikkan bendera diiringi Nyanyian Lagu UMNO ‘Bersatu, Bersetia, Berkhidmat)

9.00 malam : Ucapan YAB Datuk Sri Mohd Najib Tun Razak (Presiden UMNO)
- Tayangan Video Klip Penerima Anugerah Tokoh Melayu Terbilang
- Penyampaian Anugerah Tokoh Melayu Terbilang
- Ucapan ringkas penerima Anugerah

9.30 malam : Jamuan
10.30 malam : Bersurai

***Pakaian: Batik/baju kebangsaan

Ahad, Mei 10, 2009

Kejohanan Futsal Tertutup 2009

Terlebih dahulu saya ingin merakamkan jutaan tahniah buat seluruh ahlijawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Telok Datok kerana telah bertungkus-lumus menjayakan Kejohanan Futsal Tertutup 2009 yang diadakan pada 10hb Mei 2009 bertempat di Ole Futsal,Olak Lempit,Banting,Selangor.Terutama buat Encik Hermyzam,Encik Kamal Affendi,Encik Mohd Rizal dan Encik Mohammad Khairul.Juga tidak ketinggalan Encik Fadhlah,Pengerusi Biro Sukan Dan Kebudayaan Kawasan Rukun Tetangga Telok Datok,kerana memberikan kerjasama dalam menjayakan kejohanan ini.Penghargaan juga diberikan buat Penolong Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kuala Langat kerana sudi singgah mengikuti kejohanan yang pihak cawangan aturkan.Sesungguhnya budi dan jasa anda,akan saya kenang.

Walaupun ianya diadakan secara tertutup,namun penyertaan dari kalangan ahli adalah amat menggalakkan.Seramai 60 orang ahli telah sertai kejohananan ini,dimana terdapat 8 pasukan yang bertanding.Kejohanan ini bermula tepat jam 10:00 pagi dan berakhir jam 2:30 petang,dimana pasukan Siantan telah berjaya memenangi kejohanan futsal 2009 ini.

Tahniah diucapkan.