Rabu, Ogos 21, 2013

PANAS!GENG 04 SERANG BANTING?




Aku pun hairan dengan segelintir manusia yang terang-terang menimbulkan masalah.Akal fikiran mereka ni agaknya letak dimana ye?Apa pun aku mewakili rakyat Malaysia yang cintakan kedamaian ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada seluruh Pegawai kepada  anggota PDRM yang terlibat dalam OPS.CANTAS. Baru mereka gentar sikit.Haa.sebelum ini asyik perlekehkan aje kemampuan anggota PDRM.Kali ni bila mereka buat ops..menggelitik para samseng dibuatnya.
Nama pun penjenayah..sudah pastilah mereka ini diburu oleh pihak berkuasa kerana tugas utama pihak berkuasa menjaga keselamatan dan ketenteraman awam dan oleh yang demikian adalah menjadi tanggungjawab mereka untuk menghapuskan serta memerangi jenayah baik yang kecik mahupun yang besar.Itu pun masih ada lagi yang tak faham ke!
Baru-baru ini di Palau Pinang, pihak Polis telah berjaya menembak mati 5 orang penjenayah. Akibat tindakan polis itu ada pula seorang anti politik (bukan daripada parti BN) ingin menjadi hero. Bagai nak tergelak aku dibuatnya. Apakan tidak,hero tak kena tempat.Yang dibelanya adalah penjenayah.kesian rakyat dikawasan beliau kerana mempunyai pemimpin yang BEBAL.
Tu di Pulau Pinang,ni kisah di kawasan Kuala Langat,Selangor pula aku nak bawakan.Rentetan daripada itu,maka geng-geng samseng ni pun mulalah mengamuk demi menunjukkan mereka ni samsenglah kononnya.Habis papan-papan tanda penunjuk arah dicat malah mereka juga mengecat dibeberapa kawasan di Balai Polis Kuala Langat.Wah!betul punya samseng mereka ini.Dan aku rasa,kes samun kedai pengurup wang yang berlaku baru-baru ini juga mempunyai kaitan dengan mereka ini.
Aku harap pihak PDRM tidak goyang dan gentar dengan tindakan biadap mereka ini yang sengaja ingin mencari masalah.
Sewaktu ditemuramah oleh wakil media di IPD Kuala Langat.
Aku pun hairan juga..dimanakah Ahli Parlimen Kuala Langat pada ketika ini?Hadirlah bagi semangat dan sokongan kat pasukan keselamatan ni..ni tak..pejabat d3pan IPD pun tak.kau keluar..



Adakah mereka ini HERO?

Reactions:

0 comments: