Selasa, Januari 14, 2014

PANAS! Kerana kangkung Pengarah JAIS ditukarkan...

Salam Maulidur-Rasul diucapkan kepada semua sahabat-sahabat PUcTD..
Beberapa hari ini pelbagai isu menarik telah disajikan kepada kita semua khususnya rakyat di Selangor.
"KANGKUNG"tulah yang menjadi trend semalam terutama di dalam alam maya.heboh diperkatakan. Alahai..bagi aku tu takdelah jadi isu sangat oii..sebagai contoh aje..dah melatahlah pulak segelintir puak-pual yang taksub ni.alahai..
Memang betul pun apa yang dikatakan oleh PM..kalau barang turun adakah yang puak-puak ni nak berterima kasih kepada kerajaan?Makin tak bersyukur adalah..tulah lumrah manusia.
Kenapa mereka mainkan isu kangkung? Jawapannya senang aje..kerana ingin mengalihkan perhatian kepada beberapa isu terutama di Selangor. Isu, kalimah Allah yang digunakan oleh pihak tertentu. Kenapa tak disuarakan?
Terkini,Pusat Giatmara di beberapa Daerah pula di tutup. Aduhai! Tengok,betapa zalimnya kerajaan Selangor bawah pimpinan  MB yang disayangi tu..tempat belajar anak-anak bangsa-bangsa Melayu menambah kemahiran. Tahniah kepada para pengundi-pengundi yang mengundi PR pada PRU lalu. Kerana andalah yang buat Pusat Giatmara ini ditutup. 
Terima kasih diucapkan kepada anda..
Seterusnya..isu rampasan yang dilakukan oleh JAIS..
Minggu depan..dikhabarkan hasil rampasan akan dikembalikan. Sehubungan dengan itu, Pengarah JAIS telah ditukarkan. Hebat! Nampak sangat agama Islam kita ni mudah diperkotak-katikkan oleh DAP..yang bestnya MB SelangorKu ni hanya membisu sahaja.Titah Sultan pun dilanggar apatah lagi nak bela nama Allah.
Sekali lagi TAHNIAH rakyat Selangor yang undi PR.
Sedikit demi sedikit hak ORANG ISLAM DAN BANGSA MELAYU DIHAPUSKAN.



PEMUDA TELOK DATOK

Reactions:

0 comments: