Selasa, Januari 28, 2014

Rakyat Selangor ditipu lagi


Parti Kencing Rakyat..
Adakah layak untuk menjadi pemerintah? Rakyat Kajang telah digunakan oleh mereka atas kepentingan peribadi.Setelah rakyat memberi mandat pada PRU 13,tiba-tiba letak jawatan.Atas dasar apa letak jawatan?
Namun teka-teki kenapa dan mengapa beliau meletakkan jawatan akhirnya terjawab sudah pabila sebentar tadi Menteri Besar Selangor telah mengumumkan bahawa calon yang akan bertanding pada PRK kali ini ialah Anwar Ibrahim.


Nak tergelak juga aku dibuatnya..semalam baru aje tengok berita,MB ni mati-matian menjelaskan bahawa calon untuk bertanding di dalam Negeri Selangor mestilah anak Selangor.Tapi hari ini lain pula ceritanya.
Kesian rakyat Selangor,telah diperbodohkan oleh MB sendiri.
Kerjaya Tan Sri Khalid bakal berkubur tidak berapa lama lagi, tupun JIKA Anwar menang.

Sementara itu,
PEMUDA PAS MALAYSIA TUNTUT PENJELASAN

Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia melahirkan rasa terkejut dan terkilan dengan perletakan jawatan tanpa alasan yang munasabah Ahli Dewan Negeri (ADN) Kajang Selangor, Y.B.Lee Chin Cheh. Tanpa ada berlakunya tsunami politik yang menggila, perletakan jawatan ini telah mewujudkan satu persepsi yang tidak baik kepada rakyat negeri Selangor terhadap kesepaduan Pakatan Rakyat Negeri Selangor. Rakyat akan meluat dan bosan dengan keletah politik rakus kuasa di kalangan pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor dan merosakkan imej baik Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Negeri Selangor itu sendiri.

Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia menganggap perletakan jawatan ini sebagai satu pengkhianatan amanah yang telah diberikan oleh rakyat Selangor kepada Pakatan Rakyat serta membelakangkan semangat ‘syura’ di kalangan PR Negeri Selangor. Perletakan jawatan ini juga akan menyebabkan pembaziran wang rakyat dan tenaga-tenaga petugas parti apabila Pilihanraya Kecil terpaksa diadakan. Sepatutnya untuk penggal kedua pemerintahan, PR Selangor telah semakin mantap dalam meneruskan agenda membantu rakyat Selangor.

Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia juga menyifatkan tindakan ADNKajang ini telah memberi peluang kepada musuh politik PR Selangor untuk menaburkan khabar angin dan fitnah berlakunya politiking dalaman PKR Selangor terhadap usaha untuk memberikan tekanan kepada Tan Sri Khalid Ibrahim supaya melepaskan jawatan Menteri Besar Selangor.

Selain itu, Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia melahirkan rasa kecewa terhadap pimpinan PKR Selangor yang mengamalkan agenda ‘politik egois’ dan ‘besar kepala’ dengan membelakangkan PAS dan DAP Selangor di dalam kerja buat mereka di Selangor. PKR Selangor berlagak seperti ‘boss besar’ yang boleh mengambil apa saja tindakan politik yang menguntungkan mereka tanpa persetujuan dan pandangan rakan-rakan parti PAS dan DAP sedangkan PKR Selangor hanyalah ‘pemegang saham minoriti’ di dalam Kerajaan PR Selangor.

Oleh itu, Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia menuntut penjelasan yang munasabah daripada ADN Kajang terhadap perletakan jawatan beliau secara bertulis kepada Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia dengan kadar segera. Sekiranya penjelasan yang diberikan tidak munasabah maka Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia memberi amaran akan mengeluarkan arahan kepada seluruh jentera pilihanraya pemuda PAS di semua peringkat untuk tidak memberikan kerjasama di dalam Pilihanraya Kecil DUN Kajang nanti sekiranya calon yang ditentukan masih lagi dari kalangan calon PKR.
 
Saudara Mohd Sany Bin Hamzan

Pengarah,
Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia

28 Januari 2014




Reactions:

0 comments: