Memaparkan catatan dengan label info PEMUDA Telok Datok. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label info PEMUDA Telok Datok. Papar semua catatan

Selasa, Ogos 28, 2012

Cipta Rekod Dunia Semasa Hari Kemerdekaan ke-55


Tweet Merdeka

Apa Itu Tweet Merdeka?

Tweet Merdeka adalah satu program anjuran JASA di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan sempena dengan Sambutan Hari Merdeka Ke-55 yang bakal dianjurkan pada 31 Ogos 2012 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Apakah Matlamat Tweet Merdeka?

Tweet Merdeka bertujuan untuk memecahkan rekod dunia dan menempa rekod baru di dalam Malaysia Book of Records berdasarkan kepada 2 kategori yang berikut:
A. Perhimpunan Pengguna Twitter Terbesar di Dunia
B. Jumlah Tweet Terbanyak dalam Tempoh 1 Jam Dengan Menggunakan Hashtag

Apakah Sasaran Tweet Merdeka Untuk Memecahkan Rekod Tersebut?

Untuk melayakkan Tweet Merdeka untuk menempa rekod baru di Malaysia Book of Records, Tweet Merdeka perlu mendapatkan sekurang-kurangnya:

A. 10,000 pengguna Twitter
B. 20,000 tweets dalam masa 1 jam menggunakan hashtag #Merdeka55

Siapa Boleh Sertai?

Sesiapa sahaja yang mempunyai akaun Twitter. Sekiranya anda belum lagi mempunyai akaun Twitter, masih sempat lagi untuk anda mendaftar di Twitter.com

Bagaimana Untuk Sertai?

Untuk kategori A:
1. Daftarkan diri anda di www.twtupmerdeka.blogspot.com
2. Hadir pada hari kejadian dan sahkan pendaftaran anda di kaunter pendaftaran. (Seperti rajah A)
RAJAH A
3. Pastikan anda menerima tag peserta beserta nombor siri, t-shirt Tweet Merdeka (selagi stok masih ada), topi Tweet Merdeka (selagi stok masih ada) dan lain-lain yang ada di dalam beg goodies.
4. Masuk ke dalam Stadium dan duduk di kawasan yang telah ditetapkan untuk program Tweet Merdeka. (Seperti rajah A)
5. Pengiraan peserta akan dibuat berdasarkan pengesahan yang dibuat di kaunter pendaftaran sehingga jam 8.00 malam.
6. Peserta akan turut serta menulis tweet untuk kategori B.
Nota tambahan: Peserta dinasihatkan hadir sebelum jam 6.00 ptg bagi mengelakkan kesesakan di pendaftaran.

Untuk kategori B:
1. Pada hari kejadian, tepat jam 8.15 malam, kesemua pengguna Twitter tidak kira di stadium ataupun di mana sahaja akan memulakan Tweet Merdeka dengan menulis tweet.
2. Perkara yang perlu ada di dalam tweet anda untuk melayakkan kiraan untuk kategori B adalah #Merdeka55 dan @NajibRazak. cth:
"Bersama kita jayakan #Merdeka55 bersama @NajibRazak"
3. Tweet Merdeka akan berlangsung selama 1 jam sehingga jam 9.15 malam.
4. Pengumuman akan dibuat setelah 1 jam.

Apakah Tarikan Lain Yang Ada Semasa Program Tweet Merdeka?
1. Selebriti tempatan seperti Fizo Omar, Lisa Surihani, Elfira Loy, Mia Sara Nasuha, Remy Ishak, Iqram Dinzly, Kamal Adli, Intan Ladyana, Adi Putra, Scha Al Yahya, Awal Ashaari, Kenchana Devi, Yana Samsudin, Amber Chia, Shaheizy Sam, Johan Asari dan ramai lagi akan turut serta bersama peserta di Stadium dan juga menulis tweet pada hari kejadian.
2. ****Cabutan bertuah yang sangat lumayan seperti Iphone 4s, New Ipad, Macbook, Blackberry Curve, dan banyak lagi termasuk sebuah kereta Proton Preve. Belum dapat dipastikan lagi!!!****
3. Sijil Pencapaian sebagai Penempa Rekod Dunia bagi kategori A.
4. Pada masa yang sama, terdapat juga sambutan hari raya peringkat kebangsaan yang diadakan di perkarangan stadium itu sendiri!
5. PM DS Najib Razak akan memilih 3 tweet bertuah pada hari tersebut untuk diberikan hadiah istimewa. (Mungkin makan malam bersama PM) 

Bagaimana Untuk Mendapatkan Maklumat Terkini?

Pastikan anda follow @TwtUpMerdeka di Twitter dan Like FanPage 55 Merdeka, Janji Ditepati di Facebook.
Sekiranya anda mempunyai sebarang kemusykilan, bolehlah e-mail kepada twtupmerdeka@gmail.com ataupun terus bertanyakan di twitter ataupun Facebook seperti link di atas.

Read more: http://truthvaccine.blogspot.com/#ixzz24qiQuEsH
Sumber : Truth Vaccine

Jumaat, Januari 27, 2012

Ayuh kita tawan semula !!



Tahniah KP ucapkan kepada Pengerusi MPP Kuala Langat dan MUBARAK Negeri Selangor  di atas kejayaan menganjurkan program "Majlis Mesra dan Hi-Tea bersama Pemimpin"pada hari ini.Majlis ini yang pada mulanya mensasarkan hanya 500 orang yang hadir akan TETAPI kehadiran orang ramai pada petang ini diluar jangkaan,mencecah 700 orang .Yang menariknya,pelbagai lapisan kaum hadir memeriahkan majlis ini.Tan Seri Dato'Seri (Dr) Hj.Abu Hasan Bin Hj.Omar,selaku Yang Di-Pertua MUBARAK Selangor turut hadir dimajlis ini.

Sabtu, Januari 14, 2012

SARA 1 Malaysia...peluang terbaik untuk melabur...

Terlebih dahulu KP ucapkan TAHNIAH serta TERIMA KASIH kepada pihak kerajaan MALAYSIA kerana sekali lagi telah mengotakan janjinya dengan  membantu golongan yang berpendapatan rendah menabung serta melabur disamping membantu golongan ini menangani kesan kenaikan kos sara hidup semasa dengan pelancaran Skim Amanah Rakyat 1 Malaysia (SARA) baru-baru ini.
KP berkesempatan juga untuk menghadiri majlis pelancaran ini di PWTC yang telah disempurnakan oleh PM kita..
Menerusi skim ini rakyat MAlaysia yang berkelayakan akan berpeluang memohon pinjaman berjumlah RM5'000 untuk melabur dalam Amanah Saham 1Malaysia yang diuruskan oleh ASNB dan akan menerima bayaran insentif yang amat menarik ke atas tabungan dan pelaburan yang dibuat.
Owh yer..pemohon yang berminat BOLEH mengambil borang-boranf daripada pihak bank bermula 30 Januari 2012 ini.Jangan lupa dokumen seperti Kad Pengenalan(2 salinan) serta dokumen  pengesahan jawatan.

Rabu, Disember 29, 2010

MENDEBARKAN....

 KP bersama Pengerusi koordinator Pemuda Dun Telok Datok mengucapkan jutaan terima kasih kepada Pemuda UMNO Bahagian Kuala Langat kerana telah memilih Telok Datok sebagai lokasi program.
 Turut hadir memberikan sokongan,Setiausaha Pemuda UMNO Cawangan Telok Datok bersama Pengerusi Biro Sukan Pemuda Telok Datok.
 Walaupun hujan,orang ramai TIDAK berganjak menyaksikan perlawanan pada malam ini..
 Pengerusi Biro Ekonomi Pemuda Kuala Langat,selaku orang kuat program.
 1 Malaysia...bersama pemimpin-pemimpin
(Tahniah!anda BERTUAH)

TAHNIAH dan SYABAS pasukan bola sepak Negara kerana telah memenangi perlawanan bola sepak pada malam ini,kami dari Pemuda UMNO Cawangan Telok Datok turut berasa bangga dengan permainan yang cukup mendebarkan itu.Bertempat di gerai Char Kuey tiaw Telok Datok,satu tayangan layar gergasi telah diadakan anjuran Pemuda UMNO Bahagian Kuala Langat telah diadakan.Walaupun hujan,ianya tidak mematahkan semangat para penonton untuk menyaksikan perlawanan ini..Syabas!
Bagi pihak seluryh jawatankuasa,KP ucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang hadir.

Khamis, Disember 02, 2010

UPIN & IPIN di KUALA LANGAT....adik-adik jommmm

Biro Ekonomi Pemuda UMNO Bahagian Kuala Langat dengan kerjasama Les' Copaque Production pemilik animasi Upin & Ipin akan menganjurkan Pertandingan Melukis kategori Sekolah Rendah pada 8.30am Sabtu 18hb Dis 2010, sempena Program Community Policing & Rakan Cop anjuran Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat & MDKL yang akan di rasmikan oleh Menteri KDN d Pantai Morib.. Bayaran penyertaan RM5 terhad kepada 100 orang siapa cepat, di mana pewarna & goodies Upin & Ipin di beri.Hadiah Tmpat Pertama RM100+ + & Hamper. Hadiah sehingga tempat ke 20 & peluang bergambar bersma watak Upin & Ipin. Selain itu pertunjukan Komando VAT69 & Brass Band PDRM, Unit Brkuda, Helikoper & Marin

Isnin, November 29, 2010

DYMM Sultan berduka lagi

DAULAT TUANKU!DAULAT TUANKU!DAULAT TUANKU!

Entah berapa kali dalam tahun ini DYMM Tuanku Sultan Selangor BERDUKA!Hanya kerana kepentingan peribadi seseorang sanggup menggadaikan maruah bangsa MELAYU.Lihatlah betapa sempitnya pemikiran golongan mereka ini.

petikan dari beritaharian:-
SHAH ALAM: Sultan Selangor hari ini melahirkan rasa dukacita dengan segelintir orang Melayu yang tidak memiliki rasa megah dan bangga sebagai orang Melayu sehingga sanggup menggadaikan perkataan Melayu itu sendiri untuk dikuburkan serta lenyap dari dunia ini.

Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah sejarah yang ditulis oleh orang Inggeris ada menyatakan mengenai 'Tanah Melayu' , 'Negeri Melayu Bersekutu' dan Raja Melayu sekali gus membuktikan penulis Barat ketika itu mengiktiraf adanya Melayu yang memulakan sejarah negara ini.
Sultan Selangor turut melahirkan rasa bangga dan sukacita dengan langkah kerajaan Malaysia yang akan menjadikan subjek Sejarah sebagai syarat wajib untuk dipelajari oleh rakyat di sekolah negara ini.
"Beta percaya dengan arahan ini ia akan membuka minda dan kefahaman dari pengetahuan berhubung peranan penting yang berlaku dalam sejarah tanah air untuk tidak timbulnya syak wasangka dan persoalan yang mencurigakan hingga timbul salah faham terhadap sesama rakyat di negara yang kita kasihi ini," titah Sultan Selangor pada Wacana Raja Berpelembagaan-Perspektif Sejarah, Kini dan Masa Depan di sini.

Jumaat, Oktober 08, 2010

kami bangkit!!



(sebahagian yang hadir dalam perhimpunan aman ini)

(memorandum diserahkan kepada Tuan Ketua Polis Daerah Kuala Langat)
8 oktober 2010 sekitar jam 3.00 petang SATU perhimpuanan aman serta penyerahan memorandum tanda sokongan kepada pihak Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) serta Polis Di Raja Malaysia (PDRM) telah diadakan.Perhimpunan yang dinamakan 4 JUSTICE ini dihadiri oleh pemuda-pemuda yang berbangsa MELAYU! Nama 4 JUSTICE ini diambil bersempena dengan kes pembunuhan KEJAM 4 orang yang berlaku kira-kira 2 bulan lalu.

TANPA memikirkan fahaman politik
,semua bersatu dalam perhimpunan ini.Turut hadir memberi sokongan ialah Armand,Ketua Wira PERKASA Malaysia..dan beberapa NGO lain.
(KP bersama Pengerusi STEPS Daerah Kuala Langat juga turut hadir)
(YB Hasiman juga turut hadir memberi sokongan)

KP berasa amat berbangga apabila melihat orang-orang MELAYU berhimpun pada hari ini.Tapi KP hairan,mana badan-badan NGO yang lain????Tahniah dan Syabas diucapkan kepada SEMUA yang hadir memberikan sokongan serta menjayakan perhimpunan ini.

Jumaat, September 24, 2010

JANGAN BIKIN PANAS!


(Antara sahabat2 yg smpat hadir d IPD K.LGT untuk sama2 bangkit brsatu tanpa mengira fahaman politik)

Seorang India Ahli Majlis Perbandaran Selayang yg mmg selalu membuat kecoh telah mengetuai bantahan terhadap tindakan Majlis Daerah K.Langat yg telah membunuh 10 ekor anjing suspek dgn ubat pelali berdos tinggi kerana telah mengganas membaham ayam, kambing dan menyerang mereka yg berada d Ldg Gadong. Mereka telah beramai2 dtg ke MDKL dan membuat kekecohan dan nyaris2 berlaku pergaduhan kerana telah mencabar org MELAYU yg berada di situ supaya jika berani supaya memukul beliau.
Setelah itu mereka telah ke IPD K.Lgt dan dpercayai cuba membuat laporan Polis dan ini telah juga menimbulkan kekecohan yg nyaris2 menyebabkan berlaku pergadohan sekali lagi kali ini di perkarangan IPD K.Lgt pula dgn org Melayu yg telah mula berkumpul di IPD. Tindakan segera pihak Polis telah berjaya meredakan keadaan. Ironinya kejadian ini telah turut d saksikan oleh suspek utama yg berada di dlm Waja Polis yg berada betul2 d sebelah kejadian kekecohan itu..
Amat menyedihkan mereka telah membawa dan mengunakan OKU yg berkerusi roda yg menaiki 2 buah Van sebagai sebhgian dari yg dtg membuat bantahan. Terdapat juga OKU berbangsa Melayu mungkin dipergunakan tanpa tahu apa tujuan mereka dtg. Menyedihkan juga terdpt seorg wanita Melayu bertudung turut mempertahankan India tersebut..
Jika di biarkan benda2 ini berlaku ia akan dan boleh menjadi seperti bom jangka yg boleh meletus bila2 masa...

Melampau betul....kerana apa ye!Janganlah datang ke Banting hanya semata-mata hendak huru-harakan keadaan,cukuplah dengan apa yang telah berlaku. ORANG LUAR jangan nak tunjuk dan jadi HERO Tamil kat Banting. Benda yang tak logik diketengahkan..dasar politik murahan! Akibatnya MDKL diserang,IPD Kuala Langat pun kecoh..dan org2 Melayu yg selama ini bersabar mula merasa tercabar..
Mungkin pada mereka nyawa anjing lebih mulia drpada nyawa manusia yg dibunuh dgn begitu kejam sekali.. apa juga kena mengena OKU dgn anjing2 itu jika di fikir secara logik. Jika ini mentaliti mereka sdra2 fikir2 dan bayang2kan lah sendiri pada masa hadapan....

(Suasana tegang antara org Melayu n India (dlm van) di perkarangan IPD K.Lgt setelah kaum India yg di ketua oleh seorg ahli Majlis Perbandaran Selayang sebelum itu telah hampir mencetuskan juga pergaduhan d MDKL)

Terima kasih krew PUctD-CiKaDaK

Jumaat, September 03, 2010

SALAM LEBARAN


Salam,dikesempatan ini,saya mewakili seluruh ahlijawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Telok Datok,ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh umat Islam TANPA mengira usia,jantina mahupun fahaman politik.Di bulan yang baik ini juga kami pohonkan kemaafan di atas segala kesilapan yang telah dilakukan samada secara sedar atau tidak,samada dialam maya ataupun dialam realiti.
Kami juga mendoakan agar kalian semua senantiasa berbahagia di bulan ini.Semoga apa yang kalian lakukan,diberkati Allah swt.Insya Allah.
Kepada yang ingin pulang ke kampung,berhati-hati dijalan raya,pastikan kenderaan anda telah diperiksa sepenuhnya.Pandu cermat jiwa selamat.Patuhilah undang-undang yang telah ditetapkan.

Akhirkata,sekali lagi saya mewakili ahlijawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Telok Datok ingin mengucapkan Selamat Hari Raya

Wassalam,
Ikhlas daripada:-

Haji Zawalajam bin Haji Mashod,
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO,
Cawangan Telok Datok,Banting.

Isnin, Ogos 23, 2010

rezeki Ramadhan

(Kenangan terindah)
(Ybhg Dato menyampaikan sumbangan duit raya kepada anak-anak ASNAF)
(Ketua Pemuda UMNO Bahagian,Zurihan Yusof menyampaikan sumbangan kepada pengelola Rumah Amal Asnaf al-Barakh,diiringi KP Cawangan)

(Majlis ramah mesra serta berbuka, PUTERI bersama anak-anak ASNAF)

12 Ramadhan 1431 H bersamaan 22 Ogos 2010,Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Kuala Langat telah mengadakan satu aktiviti amal di Rumah Amal Asnaf Al-Barakh,Telok Datok.
Majlis penyampaian sumbangan dan duit raya kepada anak-anak serta majlis berbuka puasa turut dihadiri oleh Ybhg Dato'Ketua UMNO Bahagian Kuala Langat(Dato'Hj.Sulaiman ),Naib Ketua UMNO (Kapt(B) Shahrudin Omar),Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kuala Langat,(En.Zurihan Yusof)Timbalan Ketua UMNO Cawangan Telok Datok(En.Mohammad Khairul Abd.Samad),Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Telok Datok(Hj.Zawalajam Hj.Mashod),Ketua Puteri UMNO Cawangan Telok Datok (Pn.Suhailiwati Abd.Hamid) serta AJK bahagian.
(Dari kiri: Zurihan Yusof (Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kuala Langat),Tn.Hj.Yusof Nor (Pengelola Rumah Amal Asnaf Al-Barakh),Hj.Zawalajam Hj.Mashod (KP Cawangan Telok Datok)dan Mohammad Khairul Abd.Samad(Timbalan Ketua UMNO Cawangan Telok Datok)

Jumaat, Ogos 06, 2010

JANGANLAH BABIT KAN ISTANA...

Nasi dah jadi bubur, program pun dah lepas.. ni Kerajaan PKR negeri Selangor nak cari alasan untuk melepaskan diri.Bagaimana Pemaisuri Agong boleh pergi ke program kerajaan Negeri Selangor atas kapasiti jemputan Individu sedangkan ianya adalah dalam majlis rasmi. Inilah alasan yang diberikan kerajaan PKR Negeri Selangor.Agaknya dah tersepit sangat kerajaan negeri Selngor ni sehingga Pemaisuri Agong pun nak ditemberangnya.. jadi cari alasan yang dangkal sahajalah, sedangkal otak MB selangor..Istana Negara tegas menafikan [RUJUK DIBAWAH] bahawa keberangkatan Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah ke majlis Islamic Song Festival di Shah Alam pada 4 Julai lalu atas sebab-sebab peribadi.Istana Negara mendapati mesyuarat persediaan menyambut keberangkatan Baginda ke majlis itu diadakan melibatkan pihak Istana Negara, penganjur serta jabatan dan agensi kerajaan negeri yang terdiri daripada Pejabat Menteri Besar Selangor, Bahagian Khidmat Pengurusan SUK, Bahagian Protokol SUK dan Tourism Selangor dan dipengerusikan oleh Pengurus Besar Tourism Selangor.PKR guna taktik biasala, maklumlah dah terbiasa.. iaitu menipu dan cari salah pihak lain.. Siapa agaknya kerajaan PKR Selangor nak temberang lagi.. tak cukup ke Pemaaisuri Agung diperbodohkan dan dimalukan oleh mereka. Ni kiranya nak bodohkan rakyat lagi la..Pada Isnin lalu, akhbar The Malay Mail telah mengeluarkan laporan bertajuk "Being Frank: Selangor's Royal Snub, Date with the Queen" dan satu lagi artikel "It was not a royal snub" keluaran Selasa. Laporan itu "It was not a royal snub" menyatakan bahawa kerajaan Selangor mendakwa Tuanku Nur Zahirah menghadiri majlis anjuran Pelancongan Selangor itu atas kapasiti peribadi di mana beberapa pemimpin penting kerajaan negeri itu tidak hadir. Ini sangat memalukan Pemaisuri Agong.Majlis itu hanya dihadiri oleh kurang darpada 200 orang dalam Stadium Tertutup Malawati di Shah Alam yang mempunyai kapasiti 5,000 penonton dan kegagalan kerajaan negeri memaklumkan kepada Sultan Selangor mengenai kehadiran Baginda pada majlis itu."Istana negara juga menolak laporan yang menyatakan Baginda meninggalkan majlis lebih awal daripada yang dijadualkan, pada hal sebenarnya pihak penganjur telah dimaklumkan terlebih dahulu bahawa Baginda tidak akan menyertai majlis santapan selepas konsert tersebut," kata kenyataan itu.Dahlah tu, kemudian majlis santapan Kerajaan Negeri tak panggil, beginilah nasib Raja-Raja jika Pakatn Rakyat memerintah akan diperbodohkan sahaja.Sangat memalukan, sepatutnya mereka yang terlibat ni patut letak jawatan..Tapi yang penting, nak tengok perbelanjaan program tersebut.. kehadiran 200 orang, nak tengok dia 'klim' untuk 5,000 orang atau 200 orang.. Rasanya MACC perlu buat siasatan..

(sumber Aspirasi Bangsa)


Istana Negara menafikan bahawa keberangkatan Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah ke majlis Islamic Song Festival di Shah Alam pada 4 Julai lalu atas sebab-sebab peribadi.

Istana Negara dalam kenyataan, lewat petang semalam berkata keberangkatan Tuanku Nur Zahirah ke majlis itu merupakan acara rasmi baginda.

"Pentadbiran Istana Negara ingin menasihati pihak yang terlibat dalam perkara ini supaya tidak mengulangi perkara seperti itu dan sentiasa berhati-hati dalam mengeluarkan sebarang kenyataan yang mungkin boleh disalahtafsirkan oleh rakyat," kata kenyataan itu di Kuala Lumpur.

Pada Isnin lalu, akhbar The Malay Mail telah mengeluarkan laporan bertajuk "Being Frank: Selangor's Royal Snub, Date with the Queen" dan satu lagi artikel "It was not a royal snub" keluaran Selasa, yang telah mendapat perhatian Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Tuanku Nur Zahirah.

Laporan itu "It was not a royal snub" menyatakan bahawa kerajaan Selangor mendakwa Tuanku Nur Zahirah menghadiri majlis anjuran Pelancongan Selangor itu atas kapasiti peribadi di mana beberapa pemimpin penting kerajaan negeri itu tidak hadir.

Laporan itu juga menyebut ketidakcekapan kerajaan negeri menganjurkan acara itu telah memalukan Tuanku Nur Zahriah kerana tidak kehadiran pentadbir utama negeri termasuk Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyambut ketibaan Baginda.


Majlis itu hanya dihadiri oleh kurang darpada 200 orang dalam Stadium Tertutup Malawati di Shah Alam yang mempunyai kapasiti 5,000 penonton dan kegagalan kerajaan negeri memaklumkan kepada Sultan Selangor mengenai kehadiran Baginda pada majlis itu.

Istana Negara mendapati mesyuarat persediaan menyambut keberangkatan Baginda ke majlis itu diadakan melibatkan pihak Istana Negara, penganjur serta jabatan dan agensi kerajaan negeri yang terdiri daripada Pejabat Menteri Besar Selangor, Bahagian Khidmat Pengurusan SUK, Bahagian Protokol SUK dan Tourism Selangor dan dipengerusikan oleh Pengurus Besar Tourism Selangor.

"Istana negara juga menolak laporan yang menyatakan Baginda meninggalkan majlis lebih awal daripada yang dijadualkan, pada hal sebenarnya pihak penganjur telah dimaklumkan terlebih dahulu bahawa Baginda tidak akan menyertai majlis santapan selepas konsert tersebut," kata kenyataan itu.

sumber:http://www.malaysiakini.com/news/139325

Rabu, Julai 28, 2010

Amanat DSK

(aluan dari KP Bahagian Kuala Langat)

(mesra...bapa angkat Pemuda Kuala Langat)

Alhamdulillah.majlis makan malam serta beramah -mesra dengan seluruh Ketua-ketua Pemuda Cawangan telah diadakan di salah sebuah restoran di Teluk Panglima Garang.Majlis tersebut telah dihadiri kira-kira 90% ketua-ketua pemuda umno cawangan sekitar Dun Sijangkang,Telok Datok dan Morib..
Syabas,Tahniah dan Terima Kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia Dato' Ketua Bahagian Kuala Langat.Satu program yang cukup bermakna bagi kami semua.BUKAN soal makan atau minum,tapi soalnya Dato'Ketua Bahagian sanggup turun padang berjumpa dan beramah mesra dengan ketua-ketua pemuda cawangan yang hadir pada malam tersebut serta mengetahui permasalahan yang berlaku di setiap cawangan masing-masing.amanat yang diberikan kepada para ketua pemuda cawangan harus direnungi serta disematkan di dalam hati.
Ucapan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kuala Langat tidak juga kurang hebatnya.

(pendaftaran)

Ahad, Julai 11, 2010

PERSIDANGAN UMNO BAHAGIAN KUALA LANGAT



Hari ni saya berkesempatan untuk menghadiri serta menjadi perwakilan UMNO Bahagian Kuala Langat dimana ianya telah dirasmikan oleh YB Dato Seri'Hj.Mohd Shafie bin Afdal.
Tahniah kepada Ybhg Dato'Hj.Sulaiman Karli serta barisan ahlijawatankuasa UMNO Bahagian Kuala Langat,kerana telah berjaya mengadakan persidangan kali ini dan secara peribadi saya mengucapkan tahniah kepada Ybhg Dato di atas ucapan yang menarik serta padat itu.
Terima kasih juga kepada YB Dato'Hj.Shafie,kerana sudi merasmikan persidangan dan sudi hadir ke Daerah Kuala Langat.
Kepada para perwakilan serta parti komponen yang hadir,renung-renungkanlah ucapan Dato'Ketua Bahagian itu..
Sementara itu dalam temuramah bersama BERNAMA,Naib Presiden Umno Datuk Seri Hj. Mohd Shafie Apdal hari ini menasihatkan semua anggota Umno supaya mendaftar dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai pemilih dan bukan sekadar menjadi anggota parti tetapi tidak mengundi.

"Tidak ada ertinya kalau mereka hanya daftar jadi ahli (Umno) tetapi tidak mengundi. Di Kuala Langat contohnya, seramai 1,490 ahli Umno yang tidak dapat dikesan (status keahlian dan kedudukan).

"Justeru Umno perlu menambat hati mereka untuk menjadi pengundi supaya kekuatan parti dapat dipertingkat," katanya pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Kuala Langat di sini hari ini.

Pada majlis itu Mohd Shafie yang juga Pengerusi Biro Keahlian dan Pendaftaran Umno turut menerima pendaftaran 150 anggota baru Umno dari tiga cawangan iaitu Bandar Banting, Taman Damai dan Sungai Rambai Kota.

Mohd Shafie yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah turut mengingatkan anggota Umno supaya menggunakan parti sebagai landasan terbaik untuk memperjuangkan nasib bangsa serta agama dan bukan sebagai tempat untuk merebut jawatan dalam parti.

"Kalau kita amalkan kerja berpasukan, disiplin dan rajin kerja saya yakin kita akan dapat perkuatkan perjuangan parti dalam pilihan raya umum ke-13 akan datang," katanya. -

Jumaat, Julai 02, 2010

KUALA LANGAT..HEBAT


Memang tak dinafikan sejak dahulu,Daerah Kuala Langat memang hebat dan terkenal.Baik di bidang sukan,mahupun bidang ekonomi.

Kuala Langat adalah salah satu dari lapan daerah di Selangor. Ia bersempadan dengan daerah Klang dan Sepang. Sebahagian daerah Kuala Langat terletak di persisiran Selat Melaka. Pembangunan pesat kawasan seperti Putrajaya dan Lapangan Terbang KLIA telah meletakkan daerah ini kawasan yang strategik untuk pelaburan. Di samping itu, daerah ini disokong dengan kemudahan infrastuktur jalan raya yang baik yang menyambungkan ke Pusat Bandaraya Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Shah Alam, Bandar DiRaja Klang, Pelabuhan Klang, Putrajaya dan KLIA.

Daerah Kuala Langat mempunyai keluasan seluas 87,704 hektar. Jumlah penduduk melebihi 200,000 orang dengan majoriti daripada bangsa Melayu, diikuti oleh Cina dan India serta sejumlah kecil orang-orang asli.

Pada masa ini terdapat sebuah kawasan perindustrian bertaraf Zon Perdagangan Bebas di Telok Panglima Garang. Di sini terdapat kilang elektronik dan alat ganti kenderaan. Tanaman utama daerah ini adalah kelapa sawit.

HEBAT BUKAN...kini Kuala Langat akan terkenal lagi dengan adanya....

Kandang Babi RM100 juta Sedang Diusahakan Di Selangor

Luasnya adalah 337.09 ekar di mukim batu, Kuala Langat sebagaimana yang terkandung dalam Kertas Mesyuarat Exco MTES bertarikh 18 Februari 2009. Tanah seluas 337.09 ekar akan diambil untuk tujuan "Modern Pig Farming, MPF" menggunakan seksyen 3 (1) (b) Kanun Tanah Negara. Keputusan untuk mengambil tanah ini telah dipersetujui oleh Exco Kerajaan Selangor dalam mesyuarat pada 22 Julai 2009. 5 syarikat yang dikenalpasti sudah disenarai pendek untuk memajukan MPF di Kuala Langat(sumber:http://anginperubahan.blogspot.com/2010/07/kandang-babi-rm100-juta-sedang.html)

Khamis, Julai 01, 2010

Lawatan Kerja PM ke NGV Tech-

(Ketua Pergerakan Pemuda Bahagian Kuala Langat,saudara Zurihan)
(Penolong Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kuala Langat)
(Para ahli pemuda sedang mendaftar kehadiran)
(Sementara menanti sebuah lagi bas,sempat juga berbincang)
(Taklimat ringkas dari saudara Fuad,sambil diperhatikan oleh CiKaDaK)
(kakitangan serta orang ramai setia menanti kehadiran PM)
(Ybhg Dato'Abd.Samad,veteran UMNO,juga turut hadir)
(pemuda KUALA LANGAT)
(bertukar-tukar pendapat)
(barisan AJK bersama KP menanti kehadiran PM)

Selasa, Jun 29, 2010

1 julai 2010..Ayuh warga Kuala Langat..kita ke Sijangkang

Sabtu, Jun 26, 2010

Selangor Oh Selangor..


Kemelut dalaman Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Selangor sehingga wujud apa yang didakwa komplot untuk menggulingkan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim membuktikan kelemahan ketara pentadbiran Abdul Khalid di negeri itu.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar berkata senario politik di negeri itu yang dilihat "semakin menarik" memberi mesej kepada Abdul Khalid bahawa kepimpinannya sudah ditolak bukan sahaja di kalangan pemimpin PKR tetapi rakyat negeri itu.

"Ia sebagai satu mesej jelas kepimpinan Abdul Khalid sebenarnya telah ditolak dan Menteri Besar itu perlu mengakui hakikatnya.

"Banyak perkara yang diabaikan Khalid dalam memerintah Selangor yang sibuk mencampuri urusan orang lain seperti isu Kampung Baru daripada bertindak membela rakyat di negeri itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Pemuda Umno Kota Baharu di sini, Jumaat.

Akhbar hari ini melaporkan wujud pakatan 15 Anggota Parlimen PKR untuk menggulingkan Abdul Khalid kerana kecewa dan tidak berpuas hati terhadap corak pentadbiran Menteri Besar itu yang dilihat seperti mengurus sebuah syarikat korporat.

Mengulas perkara itu lagi, Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata Selangor sebenarnya diperintah oleh parti yang lemah dan sukar untuk terus bergabung bagi memerintah negeri itu.

Sementara itu, Noh meminta Pemuda Umno terus menggiatkan mendaftar pengundi baru yang dilihat kurang agresif berbanding parti pembangkang.

"Kita perlu agresif dan mencontohi mereka yang tidak kira tempat untuk mendaftar pengundi baru dan mendapatkan anggota baru dan saya rasa apa yang dilakukan Pemuda agak perlahan," katanya.


http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2010/6/26/mstar_berita/20100625221450&sec=mstar_berita

Khamis, Jun 10, 2010

Kena tarik...


Anggota Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Datuk Chua Jui Meng telah diarahkan memulangkan dua darjah kebesaran negeri Johor yang masing-masing membawa gelaran Datuk dan Datuk Seri.

Chua yang juga bekas menteri kesihatan mengesahkan bahawa beliau telah dihubungi setiausaha Istana Johor, Datuk Rahim Ramli supaya memulangkah darjah kebesaran itu hari ini.

Dua darjah kebesaran yang ditarik balik itu ialah "Dato Paduka Makhota Johor" dan "Dato Seri Makhota Johor"."(Abdul Rahim) beritahu saya bahawa dua gelaran datuk saya telah ditarik balik," kata Chua hari ini.

Chua (gambar) sebelum ini menerima anugerah tersebut daripada Almarhum sultan Johor, Tuanku Mahmud Iskandar.

Anugerah berkenaan membawa gelaran 'Dato Paduka Makhota Johor' dan juga 'Seri Paduka Mahkota Johor".

Chua juga berkata Abdul Rahim enggan memberitahunya sebab di sebalik pelucutan gelaran tersebut kerana istana tidak diwajibkan mendedahkannya.

Chua yang juga bekas ahli parlimen Bakri selama penggal merupakan naib presiden MCA sebelum meninggalkan parti itu pada 2008 apabila gagal merebut jawatan presiden. Beliau mengganggotai PKR pada 2009.

Sumber:http://rahmanahchongmuniandy.blogspot.com

Sabtu, Jun 05, 2010

TAHNIAH


Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Telok Datok,Banting ingin mengucapkan setinggi-tinggi TAHNIAH buat adik Fazli Bin Zainuddin di atas kejayaan yang telah beliau perolehi dalam bidang akedemik.
Sempena Persidangan Tahunan UMNO Cawangan Telok Datok yang telah diadakan pada 30 Mei 2010 yang lalu,satu majlis ringkas tapi penuh bermakna telah diadakan,dimana adik Fazli telah menerima piala pusingan Pelajar Cemerlang bagi tahun 2009.Piala telah disampaikan oleh Ybhg Dato'Abd.Samad Bin Maharuddin,Penasihat Seumur Hidup UMNO Cawangan Telok Datok,dan diiringi olehTimbalan Ketua UMNO Cawangan Telok Datok,Encik Mohammad Khairul Bin Dato'Abd.Samad.
Syabas dan tahniah KP serta barisan AJK Pemuda Telok Datok ucapkan kepada adik Fazli.